Najib Ketuai 3,000 Orang Dalam Larian 'Hapuskan Rasuah'

Diterbitkan: Ahad, 20 April 2014 12:25 PM

NAJIB LARIAN

Najib (tengah) melakukan senamrobik bersama orang ramai sebelum memulakan Larian yang bertemakan "Hapuskan Rasuah, Jangan Beri Jangan Terima" di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada Ahad. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menter,i Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad mengetuai kira-kira 3,000 orang dari pelbagai lapisan masyarakat dalam larian tiga kilometer di sini bagi menunjukkan komitmen untuk menjadikan negara bebas rasuah.

Larian yang bermula dan berakhir di Padang Merbok itu dinamakan Larian 'Hapuskan Rasuah, Jangan Beri Jangan Terima', anjuran Parti Gerakan.

Najib yang diiringi Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dan Ketua Wanita Gerakan yang juga pengerusi penganjur larian, Datuk Tan Lian Hoe, mengambil masa kira-kira 40 minit untuk menamatkan larian itu.

Sebelum itu, Najib yang tiba pukul 7.45 pagi, turut menyertai senamrobik selama 10 minit bersama peserta mengikut rentak lagu tiga kaum utama di negara ini dan lagu 1Malaysia. 

Mah dan Tan kemudian menyerahkan obor kepada Najib sebagai simbolik pelancaran larian itu.

Obor itu kemudian diserahkan kepada wakil Gerakan Johor Datuk Teo Kok Chee untuk meneruskan larian pada 24 Mei di Skudai, Johor.

Najib turut melepaskan satu das tembakan sebagai permulaan larian itu. 

Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib, Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusuf dan pemimpin kanan parti Gerakan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan