Mukhriz Harap Universiti Antarabangsa Albukhary Tidak Tutup

Diterbitkan: Ahad, 20 April 2014 8:14 PM

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir (tengah) memerhatikan seorang peserta kemahiran dalam bidang elektrikal pada Majlis Penutup Karnival dan Ekspo 2014 Kemahiran Kebangsaan Zon Utara di perkarangan Stadium Darul Aman pada Ahad. Hadir sama Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abdul Muttalib (tiga, kanan) dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan Badul Hisham Hashim (dua, kiri). -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berharap Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) di sini dapat memikirkan semula hasrat untuk menghentikan operasinya.

Mukhriz berkata beliau sebenarnya masih menunggu pengesahan daripada pihak yang terlibat dengan pengurusan universiti itu berhubung hasrat mahu menamatkan operasinya tetapi masih berharap ia tidak berlaku.

"Saya difahamkan ada prosedur-prosedur tertentu ditetapkan Kementerian Pendidikan berkaitan institusi pengajian tinggi swasta. Saya tak dimaklumkan adakah semua prosedur dilakukan oleh universiti sebelum boleh tutup tetapi saya masih harap mereka tarik balik (hasrat) untuk tutup.

"Yang kita utamakan kepentingan pelajar, tenaga pengajar dan tenaga kerja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Karnival dan Ekspo Kemahiran Kebangsaan Zon Utara (KEKKu) 2014 di sini, Ahad.

Ditanya sama ada kerajaan negeri berminat mengambil alih universiti itu jika pihak terlibat dengan universiti itu masih mahu menutup universiti berkenaan, Mukhriz berkata: "saya difahamkan model yang dipakai universiti itu adalah biasiswa penuh...rumit untuk diuruskan".

Operasi universiti yang ditubuhkan oleh Yayasan Albukhary itu dilapor akan ditutup Jun ini.

AiU dikenali sebagai sebuah universiti yang banyak mengubah kehidupan golongan kurang berkemampuan kerana beroperasi secara wakaf iaitu tidak mengenakan sebarang bayaran kepada penuntut yang rata-rata daripada golongan susah dari seluruh dunia.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan