100 Pemimpin Muda Dan Beraspirasi Berpeluang Temui Obama

Diterbitkan: Ahad, 20 April 2014 10:28 AM

Barack Obama.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keinginan bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama? Ia kini dilihat sebagai satu impian bermakna buat 100 pemimpin muda dan beraspirasi di Asia Tenggara.

Kumpulan itu, termasuk 20 rakyat Malaysia, akan bersemuka dengan Presiden AS pada sesi interaktif di sini Ahad depan.

Obama dijadualkan akan melancarkan Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara - satu usaha untuk membina hubungan di seluruh Asia Tenggara menerusi penglibatan anak-anak muda di Universiti Malaya.

Inisiatif itu mempunyai bengkel selama tiga hari yang dihadiri oleh alumni yang dibiayai oleh kerajaan AS dari 10 negara Asean di mana peserta semuda 18 tahun akan dilatih untuk membina kemahiran kepimpinan masyarakat.

Inisiatif tersebut begitu dekat dengan Obama, di mana presiden itu mengatakan bahawa budaya yang kaya  dan dinamik yang luar biasa di Asia Pasifik telah membantu pembentukan seseorang individu.

Obama tiba di sini pada Sabtu dalam lawatan bersejarah, yang pertama dilakukan oleh Presiden Amerika Syarikat selepas 48 tahun oleh Presiden Lyndon B. Johnson pada 1966.

Presiden AS itu dijadual akan mengadakan perbincangan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad.

Selepas pertemuan tersebut, kedua-dua pemimpin akan berkunjung ke Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia yang menyokong syarikat-syarikat yang terlibat dalam multimedia kreatif, penyelidikan dan pembangunan, penyumberan luar dan pengurusan data.

Pusat itu diilhamkan dari Sidang Kemuncak Keusahawanan Global, yang diadakan di Malaysia pada tahun lepas.

Presiden AS turut akan melawat Masjid Negara dan bertemu dengan pemimpin masyarakat awam Malaysia sebelum berlepas ke Filipina pada Isnin.

Wanita Pertama, Michelle tidak akan mengiringi Obama yang pada mulanya dijadual melawat Malaysia pada Oktober lepas. Lawatan itu ditunda akibat kemelut bajet di Washington, AS.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan