Misi Cari MH370 Masuk Hari Ke-44, Imbasan Dasar Laut Berakhir Beberapa Hari Lagi

Diterbitkan: Ahad, 20 April 2014 11:12 AM

Bluefin-21

Bluefin-21.

(Ubah saiz teks)

PERTH: Misi mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 memasuki hari ke-44 pada Ahad, apabila pegawai yang menyertai misi pencarian Australia berkata, satu siri penting imbasan sonar di dasar Lautan Hindi dapat disiapkan dalam tempoh seminggu.

Operasi mencari di udara, permukaan dan dasar laut kini tertumpu kepada rakaman bunyi dasar laut yang diambil oleh Tentera Laut Amerika Syarikat  laut, yang telah ke kawasan sasaran lingkungan 10 kilometer (km) di dasar laut.

Kenderaan dalam air (AUV) Bluefin-21 menghabiskan masa pada minggu lepas dengan membuat operasi di dasar laut yang terletak 2,000 km (1,200 batu) barat laut Perth, australia Perth bagi mengesan sebarang tanpa pesawat yang hilang.

Kapal selam kawalan jauh kini dalam misi kelapan di laut dalam dengan tiada sebarang penemuan bangkai pesawat setakat ini. 

Bunyi dasar laut telah diperiksa kira-kira setengah kawasan yang disasarkan, kata pihak berkuasa berkata pada Ahad.

Kerajaan Malaysia berkata, pencarian itu kini memasuki fasa kritikal dan meminta supaya mendoakan kejayaannya.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut berkata, kerajaan mungkin mempertimbangkan untuk menggunakan lebih banyak AUV dalam misi pencarian itu.

Pada Ahad, sebanyak 11 pesawat tentera dan 12 kapal akan membantu dalam operasi mencari, yang meliputi kawasan seluas kira-kira 48.507 km persegi (18,729 batu persegi) di dua kawasan, kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) yang berpangkalan di Perth dalam satu kenyataan. - REUTERS

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan