Upacara Usung Mayat Karpal Berhenti Di Empat Lokasi Penting

Diterbitkan: Sabtu, 19 April 2014 10:20 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri mengucapkan takziah kepada anak mendiang Karpal, Gobind Singh Deo semasa berkunjung ke rumah Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu di George Town, Pulau Pinang pada Jumaat. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Perarakan mengusung mayat mendiang Karpal Singh akan diadakan pada Ahad dengan berhenti di empat lokasi yang signifikan kepada beliau.

Empat kawasan itu adalah Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, pejabat Karpal di Green Hall, bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan St. Xavier's Institution (SXI).

Kereta membawa keranda Karpal akan menuju tempat membakar mayat di Batu Gantong dari sekolah tersebut.

Pengerusi jawatankuasa upacara pengebumian, Chow Kon Yeow berkata, kereta membawa keranda Karpal akan bergerak meninggalkan rumahnya di Jalan Utama kira-kira pukul 8.15 pagi menuju ke Dewan Sri Pinang dimana beliau akan diberikan penghormatan negeri.

Kereta tersebut akan melalui Jalan Utama, Jalan Macalister, Lebuhraya Peel, Jalan Perak, Jalan Burma, Jalan Pangkor, Jalan Sultan Ahmad Shah, Lebuh Farquhar and Lebuh Light semasa dalam perjalanan ke Dewan Sri Pinang.

Orang ramai boleh memberikan penghormatan terakhir mereka kepada Karpal di Dewan Sri Pinang bermula pukul 9 pagi hingga 10.30 pagi.

Chow berkata, mereka yang ingin memberikan penghormatan terakhir perlu berpakaian hitam dan putih dalam keadaan kemas dan kasual.

Orang ramai juga boleh hadir ke rumah Karpal di alamat, 144 Jalan Utama, bermula pukul 10 pagi hingga 11 pagi Sabtu.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan