PTD Perlu Terus Main Peranan Pastikan Kemajuan Negara Berterusan - Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 19 April 2014 11:53 PM

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) melancarkan buku Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Alumni 'At the Forefront of Nation Building:Perspectives From the Administrative and Diplomatic Service' sempena majlis makan malam jubli perak Alumni PTD di sini, malam Sabtu. Turut hadir Presiden PTD Alumni Tan Sri Sallehuddin Mohamed (tengah) dan timbalannya Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid. -Foto BERNAMA.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) perlu terus memainkan peranan penting sebagai 'penyerap', 'pemangkin' dan 'pemboleh' bagi memastikan kemajuan negara dapat dipertingkatkan secara berterusan.

Timbalan Perdana Menteri berkata sebagai sebahagian daripada cabang eksekutif, kerjasama antara PTD dengan para pemimpin, termasuk dalam menggubal dasar-dasar utama negara telah membuahkan pelbagai rancangan sosioekonomi yang bernilai dan berimpak tinggi.
 
"Kedudukan terkini Malaysia serta sebahagian besar daripada kemajuan ini adalah hasil kecekapan dan kerjasama erat antara pemimpin dan jentera perkhidmatan awam, khususnya pegawai-pegawai daripada kumpulan PTD," katanya ketika berucap pada majlis makan malam Jubli Perak PTD Alumni, di sini malam ini.

Turut memeriahkan majlis bertemakan 'Terus Berbakti' itu ialah isteri beliau Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan isteri Puan Sri Rohani Abdullah serta Presiden PTD Alumni Tan Sri Sallehuddin Mohamed.

Muhyiddin berkata perkhidmatan cemerlang PTD amat ditagih memandangkan perkhidmatan awam kini berhadapan dengan cabaran yang cukup besar, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu dan permintaan pasaran yang dinamik.

Timbalan perdana menteri berkata cabaran utama anggota perkhidmatan awam dan PTD pada hari ini adalah untuk meningkatkan produktiviti dan kapasiti dengan menggunakan sumber yang terhad, baik dari segi peruntukan kewangan mahupun sumber manusia.

Katanya penjawat awam perlu berani mencari penyelesaian strategik dan kreatif dalam mendepani cabaran melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepada negara.

Beliau turut berharap anggota PTD dapat mencontohi semangat anggota PTD Alumni yang sentiasa bersedia menjadi perintis dalam setiap bidang yang diterokai dan mengikis kebiasaan 'urusan berjalan seperti biasa'.

Budaya kerja silo, sifat cemburu antara agensi dan terlampau menjaga kawasan perlulah diatasi dengan semua jentera pentadbiran awam perlu saling bekerjasama, bagi mengurangkan kerenah birokrasi serta berganding bahu menyelesaikan isu-isu bersilang secara berkesan, katanya.

Pada majlis yang sama, Muhyiddin turut melancarkan buku 'At the Forefront of Nation Building: Perspectives from the PTD', yang memaparkan sejarah, peranan dan sumbangan PTD kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara.

Beliau berharap penerbitan buku itu dapat memberi kefahaman, inspirasi dan semangat kepada generasi muda PTD berhubung peranan yang perlu diwarisi dalam memastikan negara terus maju, makmur dan sejahtera terutamanya menerusi penggubalan dan pelaksanaan dasar-dasar yang strategik dan relevan.


Tags / Kata Kunci: Muhyiddin Yassin , PTD

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan