Hina Karpal: Ahli Parlimen Langkawi Mohon Maaf

Diterbitkan: Sabtu, 19 April 2014 10:30 PM

Nawawi Ahmad.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Datuk Nawawi Ahmad membuat permohonan maaf terhadap keluarga Karpal Singh dalam satu sidang media atas kata-kata yang tidak sensitif yang dibuat olehnya terhadap kemalangan yang menimpa pemimpin veteran DAP itu. 

"Saya ingin menyatakan rasa kesal terhadap tindakan saya menulis perkara yang tidak sepatutnya dalam satu posting di akaun Facebook peribadi saya dua hari yang lalu," katanya kepada pemberita. 

"Selepas berfikir dengan mendalam, saya sedar saya telah melakuakan satu perkara yang tidak beretika dan tidak boleh diterima," katanya. 

Sidang media tersebut dibuat selepas beliau memohon maaf secara terbuka di akaun Facebook miliknya. 

Nawawi berkata beliau telah memadamkan entri berkenaan selepas "dia menyedari posting tersebut dihentam dan ditolak oleh masyarakat."

Karpal terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya pada pukul 1 pagi Khamis berhampiran dengan Gua Tempurung. 

Nawawi memuatnaik gambar Karpal dalam keadaan mengerikan dengan menyertakan artikel 'ingin tubuhkan negara Islam, langkah mayat saya dahulu'. 

Ekoran tindakannya yang tidak sensitif dia telah dikecam oleh pelbagai pihak. 

Bagaimana Nawawi berkata beliau membuat posting tersebut dengan menggunakan telefon bimbitnya ketika dia sedang dalam perjalanan. 

"Saya tidak fikir tindakan saya itu akan menyakiti orang lain. Saya juga tidak sedar betapa ngerinya gambar Karpal kerana dalam telefon bimbit saya ia amat kecil. 

"Mungkin jika saya duduk di depan komputer, saya mungkin sedar ia satu tindakan yang tidak beretika untuk saya memuat naik gambar seperti itu," katanya. 

"Saya ingin memohon maaf dengan seikhlas hati kepada keluarga mendiang dan seluruh rakyat Malaysia yang terkesan dengan posting saya itu," katanya. 

Nawawi berkata beliau sangat menghormati Karpal sebagai seorang peguam dan ahli Parlimen yang dihormati. 

"Saya akan sentiasa menghormati beliau sebagai seorang ahli Parlimen berkebolehan dan beliau juga menonjol sebagai pemimpin yang berprinsip, intergriti dan keberanian dengan semangat perlembagaan yang mulia," katanya. 

Nawawi berkata beliau akan memohon maaf secara peribadi kepada keluarga Karpal sekiranya dia mempunyai peluang berbuat demikian.  

Tags / Kata Kunci: Karpal Singh , Nawawi Ahmad , mohon maaf

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan