Najib Nyatakan Mesej Harapan & Rekonsiliasi

Diterbitkan: Sabtu, 19 April 2014 11:12 PM

Najib

Najib Razak.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan harapan dan rekonsiliasi dalam perutusan sempena sambutan Good Friday dan Easter 2014. 

Perdana Menteri berkata perjalanan penganut Kristian dan masyarakat Katolik Malaysia bersama-sama kerajaan telah membawa banyak perubahan positif dalam negara. 

Dalam mesej terkini menerusi laman sosial Facebook beliau, Najib juga mengambil maklum sumbangan penganut Kristian dan Katolik kepada masyarakat Malaysia. 
 
"Ketika komuniti Kristian dan Katolik Malaysia merayakan hari suci ini mengikut kalendar Rom, marilah kita mengingati bahawa Hari Easter bagi rakan-rakan penganut Kristian dan Katolik membawa mesej harapan dan rekonsiliasi.
 
"Dalam hubungan ini, marilah kita meluangkan sedikit masa untuk menyampaikan ucapan dan doa kepada semua yang berada di dalam pesawat penerbangan MH370 dan anggota keluarga mereka," katanya.
 
Perdana Menteri berkata walaupun negara sedang melalui waktu yang sukar, beliau sesungguhnya percaya bahawa perpaduan dalam kepelbagaian ditambah pula dengan ketabahan merupakan sumber kekuatan Malaysia di saat negara benar-benar memerlukannya. 

Pesawat Boeing 777-200ER Malaysia Airlines yang membawa 239 penumpang dan anak kapal ke Beijing hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam, pada 8 Mac.

Pencarian pesawat berkenaan sedang dilakukan di selatan Lautan Hindi di perairan Perth, Australia. 

Najib juga menyatakan bahawa dalam semangat 1Malaysia, kerajaan pada sambutan Krismas yang lepas mengumumkan untuk memastikan mana-mana penganut Kristian atau Katolik di Malaysia yang ingin berkunjung ke Baitulmuqaddis untuk upacara keagamaan akan dapat berbuat demikian. 
 
"Dalam meneruskan mesej harapan dan rekonsiliasi ini, saya secara ikhlas menggesa seluruh rakyat Malaysia untuk berganding bahu bersama-sama dalam usaha kita menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik buat semua," katanya.

Beliau mengakhiri mesej itu dengan mengucapkan selamat menyambut Hari Easter kepada seluruh penganut Kristian dan Katolik di Malaysia. 

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan