Tidak Salah Kelantan Bawa Usul Hudud Ke Dewan Rakyat - Abdullah

Diterbitkan: Sabtu, 19 April 2014 3:42 PM

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyampaikan Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan 2013 kepada Iqbal Danial Sa'id pada Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) 2014 di Putrajaya pada Sabtu.Turut sama Pengetua Cemerlang Sekolah SAS, Haidzir Hussin (kiri). -Foto BERNAMA.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata bukan menjadi satu kesalahan jika kerajaan PAS Kelantan ingin membawa usul rang undang-undang mengenai Hukum Hudud ke Dewan Rakyat.

"Pada saya kalau perkara tersebut hendak dibawa ke Parlimen apa salahnya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Cemerlang 2014 Sekolah Sultan Alam Shah di sini pada Sabtu. 

Turut hadir isterinya, Tun Jeanne Abdullah.

Menjawab satu soalan sama ada wajarkah hukum hudud dilaksanakan pada peringkat persekutuan, Abdullah berkata: "Biarlah satu demi satu pelaksanaannya".

Kerajaan PAS Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu dilaporkan akan membawa usul rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember tahun ini.

Di majlis itu, 300 pelajar menerima anugerah dengan anugerah pelajar terbaik keseluruhan disandang Iqbal Danial Sa'id yang mendapat semua A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan