PAS Yakin Pelaksanaan Hudud Di Kelantan Bakal Jadi Kenyataan - Hadi Awang

Diterbitkan: Sabtu, 19 April 2014 7:57 PM

Hadi Awang.

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: PAS yakin pelaksanaan hukum hudud di Kelantan bakal menjadi kenyataan berdasarkan maklum balas serta kenyataan positif secara terbuka tentang perkara itu daripada pelbagai pihak termasuk kepimpinan tertinggi Umno. 

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata hasrat kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud itu turut mendapat maklum balas memberangsangkan daripada orang bukan Islam yang ketika ini sudahpun ada yang menerima dan bersetuju jika hukum hudud dilaksanakan.
 
"Melihat kepada kenyataan-kenyataan terbuka daripada kerajaan negeri Kelantan khususnya, pimpinan (tertinggi) Umno dan di peringkat sidang Parlimen, ia menunjukkan respons yang sangat positif (berbanding situasi sebelum ini) dan kita sambut baik.
 
"Kita harap kenyataan-kenyataan positif yang dikeluarkan banyak pihak ini dapat melancarkan (proses) pelaksanaan hukum hudud agar ia menjadi kenyataan nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Ijtima Kepimpinan PAS negeri Terengganu 2014 di Kemasik dekat sini hari ini.

Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Barisan Nasional (BN) bersedia untuk meneliti secara mendalam berhubung usul pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Kerajaan PAS Kelantan melalui Anggota Parlimen parti itu akan membawa usul rang undang-undang persendirian untuk melaksanakan hudud di Dewan Rakyat, bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember depan.

Mengenai kemungkinan PAS menghantar wakil bertemu Muhyiddin untuk menjelaskan tentang perkara itu, Abdul Hadi berkata ia akan diteliti jika ada permohonan.
 
"Itu bergantung kepada permohonan, kita akan melalui proses apa sahaja yang membolehkan hukum Islam dilaksanakan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Hadi Awang , hudud , Kelantan

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan