Diterbitkan: Jumaat, 18 April 2014 2:48 PM

Muhyiddin menyampaikan anugerah kepada Guru besar Sekolah Kebangsaan Tasik Chini yang berketurunan orang asli, Akit Bin Huat pada Majlis Penyampaian Anugerah Tawaran Baharu kepada Guru Besar (TBGB) 2013 di Dewan Pusat Konvensyen Shah Alam di sini, Jumaat

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seramai 630 pendidik dan 566 sekolah rendah pelbagai aliran di seluruh negara menerima Anugerah Tawaran Baharu Guru Besar (TBGB) 2013 membabitkan ganjaran berjumlah RM23.2 juta hasil kecemerlangan prestasi sekolah masing-masing sepanjang tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia terdiri daripada 209 sekolah bandar, 302 sekolah luar bandar dan 55 sekolah pedalaman.

Muhyiddin berkata, pencapaian tahun ini menunjukkan peningkatan berbanding 2012 apabila sebanyak 180 sekolah bandar dan 280 sekolah luar bandar menerima anugerah berkenaan.

"Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang menerima anugerah ini juga meningkat daripada 54 sekolah (2012) kepada 74 sekolah, begitu juga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di mana berlaku peningkatan penerima anugerah daripada 45 sekolah (2012) kepada 54 sekolah.

"Daripada keseluruhan penerima anugerah ini, 119 buah sekolah menerima anugerah ini sebanyak empat kali berturut-turut. Saya juga ingin menarik perhatian anda dengan kejayaan satu-satunya Sekolah Kebangsaan Orang Asli iaitu Sekolah Kebangsaan Tasik Chini, Pekan, Pahang yang dicalonkan tahun ini seterusnya berjaya menerima anugerah TBGB tahun 2013," katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian pada majlis penyampaian Anugerah TBGB 2013 di sini, Jumaat.

Beliau berkata, semua sekolah ini yang telah diverifikasi oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) pada 22 Januari hingga 21 Febuari lalu telah melepasi semua saringan termasuk memperoleh sijil audit tanpa teguran serta tiada kes tatatertib.

"Pencapaian Sub NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) Pendidikan Tawaran Baharu Guru Besar bagi tahun penilaian 2013 ini adalah 7.31 peratus daripada 7,746 sekolah rendah, melebihi sasaran yang telah ditetapkan iaitu pada kadar enam peratus.

"Anugerah Tawaran Baharu ini adalah satu daripada indikator utama ke arah pembentukan modal insan holistik yang diharapkan mampu berhadapan dengan cabaran abad ke-21," kata Muhyiddin.

Beliau berkata, keberkesanan pengurusan sesebuah sekolah itu sangat bergantung kepada kemampuan guru besar menangani segala cabaran dalam memastikan semua sumber di bawah kawalannya beroperasi dengan matlamat yang sama sejajar dengan keperluan dan persekitaran semasa, terutama hasrat rakyat dan aspirasi sistem pendidikan.

Sehubungan itu, beliau berkata, penganugerahan TBGB ini direalisasikan tidak lain dan tidak bukan bertujuan ke arah mengiktiraf kepimpinan sekolah yang berkesan bagi menghasilkan keputusan yang dihasratkan.

"Saya percaya pemimpin sekolah yang berada pada majlis ini telah pun menunjukkan kejayaan awal dalam menghayatinya dan ini dibuktikan menerusi kejayaan mereka memperoleh pengiktirafan dalam TBGB pada hari ini," katanya.

Mengenai ganjaran bagi penganugerahan TBGB, Muhyiddin berkata hampir 22,063 warga sekolah terdiri daripada guru besar, guru serta Anggota Kumpulan Pelaksana akan mendapat manfaat daripadanya.

Beliau berkata mulai tahun ini juga, pembayaran ganjaran anugerah TBGB akan diperluas kepada semua Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Pegawai Perkhidmatan Negeri yang berkhidmat di sekolah Kementerian Pendidikan.

Seterusnya, Muhyiddin berkata kaedah pembayaran Bayaran Insentif Tawaran Baharu (BITB) akan dibayar pada kadar maksimum kepada guru besar yang berkhidmat genap 12 bulan di sekolah yang berjaya, manakala guru besar yang berkhidmat kurang dari tempoh tersebut dibayar secara prorata.

Beliau turut menasihati guru besar, guru dan anggota Kumpulan Pelaksana di sekolah yang tidak menerima anugerah TBGB supaya menjadikan sekolah yang berjaya sebagai pendorong utama untuk menjana pasukan kerja yang mantap serta mengatur strategi untuk berusaha mencapai kecemerlangan yang sama atau lebih baik.


Tags / Kata Kunci: Muhyiddin , Sekolah , Ganjaran

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan