Dua Anggota Tentera Cedera Siling PWTC Runtuh

Diterbitkan: Jumaat, 18 April 2014 9:58 AM

Sebahagian siling PWTC runtuh menyebabkan dua cedera

(Ubah saiz teks)

Kuala Lumpur: Dua anggota tentera cedera ringan apabila sebahagian siling di tingkat dua Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) runtuh selepas demonstrasi letupan bom dilakukan pasukan pertahanan negara itu.

Kedua-dua anggota tentera berkenaan yang dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan bagaimanapun dilaporan dalam keadaan stabil.

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata demonstrasi berkenaan yang menyebabkan sebahagian struktur siling itu runtuh.

"Kami akan bekerjasama dengan PWTC untuk memastikan keselamatan keseluruhan bangunan ini selamat," katanya.

Demonstrasi pengeboman itu adalah sebahagian daripada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia 2014 selama empat hari yang berakhir, Khamis.

Azizan berkata, pusat operasi jabatan berkenaan menerima panggilan kecemasan diterima pada pukul 4.59 petang, Khamis dan sebaik tiba didapati siling di kawasan beranda pusat itu telah runtuh.

Tags / Kata Kunci: siling runtuh , pwtc

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan