Hannah Yeoh, Petugas Media Keracunan Makanan

Diterbitkan: Jumaat, 18 April 2014 1:19 PM

Hannah Yeoh turut mengalami keracunan makanan selepas menikmati 'asam laksa' pada Khamis.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Beberapa petugas media yang membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini mengalami keracunan makanan dipercayai selepas menikmati 'asam laksa' yang dihidangkan pada waktu rehat sidang tersebut, Khamis.

Sekurang-kurangnya 15 petugas media dan jurugambar di lobi DUN di sini menikmati juadah itu yang dihidangkan kira-kira pukul 4.30 petang dan 5 petang.

Sehingga tengah hari Jumaat, seramai 11 wartawan mengadu mengalami cirit-birit dan menerima rawatan daripada doktor yang disediakan oleh kerajaan Selangor.

Turut mengalami simptom sama adalah Speaker Hannah Yeoh, Timbalan Speaker Nik Nazmi Nik Ahmad, dua kakitangan di pejabat Speaker dan tiga lagi kakitangan kerajaan negeri.

Namun, tiada mana-mana Adun yang mengadu sakit perut.

Wartawan Star Metro, Priya Menon, 28, berkata dia mula berasa loya sejak petang Khamis selepas menikmati juadah tersebut.

"Saya hanya minum saja untuk waktu makan malam dan mula mengalami cirit-birit sejak pukul 9 malam hingga 6 pagi," katanya.

Seorang lagi wartawan dari sebuah akhbar tempatan turut mengadu sakit perut selepas bangun dari tidur kira-kira pukul 7 pagi Jumaat.




iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan