Loji Rawatan Air Wangsa Maju Ditutup - Syabas

Diterbitkan: Jumaat, 18 April 2014 9:13 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) pada Jumaat menjelaskan gangguan pelan catuan bekalan air di beberapa kawasan di Gombak sejak Khamis berpunca daripada penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Wangsa Maju.

Syabas dalam kenyataan, berkata LRA Wangsa Maju ditutup kali pertama dari 4.45 petang semalam hingga 12 tengah malam akibat tahap kekeruhan bekalan air mentah daripada Sungai Gombak yang tinggi.

Hari ini LRA itu ditutup sekali lagi bermula 7 pagi tadi akibat masalah sama, kata kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan tersebut pengendali loji, Puncak Niaga Sdn Bhd sudah memaklumkan situasi Sungai Gombak kepada Lembaga Urus Air Selangor sebagai pihak pengawal selia sungai di Selangor.

Kenyataan itu juga memaklumkan gangguan penyaluran bekalan air di beberapa kawasan di sekitar Puchong berpunca daripada kerosakan injap di Jalan Bangau semalam.

"Kerja-kerja pembaikan injap berkenaan telah dilakukan dengan segera dan bekalan air dibuka kepada pengguna pada 5 petang hari yang sama (semalam)," kata kenyataan berkenaan.

Sementara itu, Syabas memaklumkan pelaksanaan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama, Ketiga dan Keempat masih diteruskan sehingga diputuskan semula oleh kerajaan negeri Selangor.

Turut dimaklum berlaku kesesakan talian di Pusat Khidmat Pelanggan (Puspel) dan Syabas kerana masih ramai pengguna yang menghubungi talian berkenaan untuk mengetahui mengenai kawasan dan jadual catuan bekalan air.

Sehubungan itu Syabas menasihati pengguna agar melayari laman sesawang Syabas di www.syabas.com.my untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kawasan yang terlibat serta jadual pelan catuan.

Tags / Kata Kunci: Syabas , LRA Wangsa Maju , Air Selangor

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan