Karpal Diberi Penghormatan Negeri

Diterbitkan: Jumaat, 18 April 2014 8:56 AM

Mayat Karpal yang maut dalam kemalangan di Gua Tempurung tiba di kediamannya di Pulau Pinang

(Ubah saiz teks)

GEORGETOWN: Upacara pengkebumian bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh akan diberi penghormatan negeri, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, mesyuarat exco negeri itu juga membuat ketetapan supaya bendera negeri dikibarkan separuh tiang selama tiga hari.

Katanya, bendera negeri yang menutup keranda Karpal pula akan diserahkan kepada keluarga Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sebagai tanda penghormatan kepada negarawan itu.

"Orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Karpal di Dewan Sri Pinang antara pukul 9 pagi hingga 11 pagi, sebelum ia dibawa ke Pusat Pembakaran Mayat Batu Gantong," katanya.

Khamis, mayat veteran DAP itu tiba di kediamannnya di Jalan Utama, di sini kira-kira jam 3.40 petang dan suasana pilu menyelubungi kediaman tersebut apabila isteri mendiang, Gurmit Kaur, 66 terpaksa dipapah sebaik sahaja tiba dari Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak.

Karpal meninggalkan seorang isteri dan lima anak iaitu Jagdeep, 43, Gobind Singh Deo, 41, Ramkarpal Singh Deo, 38, Mankarpal Singh Deo, 26 dan anak perempuan tunggal, Sangeet Kaur Deo, 34.

Orang ramai turut memenuhi kediaman tersebut untuk memberi penghormatan terakhir kepada tokoh yang dikenali sebagai 'Harimau Jelutong' itu.

Karpal maut selepas terlibat dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan ke Pulau Pinang awal pagi tadi.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, semua program parti berkenaan di seluruh negara akan ditangguhkan sehingga selepas upacara pengkebumian itu.

"Semua pejabat DAP juga akan mengibarkan bendera parti separuh tiang selama seminggu sebagai tanda berkabung kerana pemergian mendiang adalah satu kehilangan besar," katanya.

Anak sulung mendiang, Jagdeep Singh Deo mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Pulau Pinang kerana memberi penghormatan tinggi kepada bapanya dan menganggap mendiang tentu akan bangga kerana mendapat penghormatan seperti ini.

Abang mendiang, Baksis Singh, 80 yang terkejut dengan insiden yang menimpa adiknya itu bagaimanapun menganggap ia ketentuan ilahi.

"Kejadian sama menimpa bapa kami, Ram Singh Deo yang meninggal dunia dalam kemalangan di Punjab, India," katanya.

Antara yang turut memberi penghormatan terakhir kepada mendiang ialah imbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Pengerusi Umno negeri, Datuk Zainal Abidin Osman; Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Deputi Komisioner Datuk A Thaiveegan; Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang dan beberapa pemimpin negeri. 








Tags / Kata Kunci: Karpal , pengkebumian , Lim Guan Eng

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan