MH370: Sampel Tumpahan Minyak Dibawa Ke Perth Untuk Analisis

Diterbitkan: Khamis, 17 April 2014 11:27 AM

Angus Houston.

(Ubah saiz teks)

PERTH: Sampel tumpahan minyak yang dikesan kapal pertahanan Australia Ocean Shield di kawasan pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) pada Ahad, telah dibawa ke sini untuk analisis. 

Pusat Penyelaran Agensi Bersama (JACC) yang mengawasi operasi pencarian pesawat MAS penerbangan MH370 yang memasuki hari ke-41 pada Khamis, berkata butiran dan hasil analisis akan diumumkan apabila terdapat maklumat. 

Pada Isnin, Ketua penyelaras JACC Marsyal Udara (B) Angus Houston memberitahu sidang media bahawa tumpahan minyak telah dikesan kira-kira 5,500 meter di sekitar 'ping' telah dikesan alat pengesan pinger yang ditunda Shield Ocean.

Tumpahan minyak seberat dua liter itu dikutip sebagai sampel. 

Dalam satu kenyataan, JACC berkata kenderaan dalam air autonomi (AUV) Bluefin-21, sehingga pagi Khamis telah mencari kira-kira 90 kilometer persegi dan data daripada misi terbarunya sedang dianalisis. 

"Semalaman, AUV Bluefin-21 menyiapkan misi penuh dalam kawasan pencarian dan ia sedang merancang untuk misi seterusnya," menurut kenyataan itu. 

Data yang dikumpul dari dua misi sebelum ini tidak menemui sebarang Maklumat. 

Bluefin-21 dilengkapi sistem pengesan sonar menggunakan bunyi akustik untuk menghasilkan peta tiga dimensi di dasar laut, dihantar untuk membantu mengesan sebarang serpihan pesawat berkenaan. 

Ia diturunkan dari kapal Ocean Shield dalam misi sulungnya ke kawasan 40 kilometer persegi bagi meneruskan misi pencarian MH370 di dasar laut, memandangkan tiada isyarat sah dikesan oleh alat pengesan pinger yang ditunda sejak 8 April lepas. 

Menurut kenyataan itu, operasi pencarian pada Khamis membabitkan 10 pesawat tentera, dua pesawat komersial dan 11 kapal. 

JACC berkata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) telah merancang pencarian visual meliputi kawasan seluas kira-kira 40,349 kilometer persegi merentasi 2,170 kilometer persegi ke barat laut Perth. 

"Ramalan cuaca hari ini, hujan sekejap-kejap dengan tiupan angin timur selatan," katanya. 

Penerbangan MH370 bersama 239 orang berlepas pada 8 Mac dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. 

Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat itu, bermula di Laut China Selatan dan kemudian diperluas ke Selat Melaka serta Laut Andaman dan kini di selatan Lautan Hindi. 

Analisis yang dibuat terhadap data satelit menunjukkan pesawat itu terbang di sepanjang laluan yang dikenali sebagai 'koridor selatan' dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth. 

Pada 24 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". 


Tags / Kata Kunci: MH370 , Perth , tumpahan minyak , JACC , Angus Houston

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan