Tamat Hukuman, Hari Bermakna Buat ODP 'Ramesh'

Diterbitkan: Khamis, 17 April 2014 12:00 PM

ODP Ramesh

Ramesh (bukan nama sebenar) sudah bersedia menempuhi kehidupan baharu apabila selesai menjalani sistem parol sejak September tahun lalu.

(Ubah saiz teks)

Eksklusif  MUKADIMAH: Sistem Parol yang dilaksanakan Jabatan Penjara kini memasuki tahun ke tujuh pelaksanaannya. Mengikut rekod, jumlah keseluruhan 'Orang Di Parol' atau ODP mencecah 7,843 di seluruh negara. Bagi mengetahui keberkesanan sistem ini, mStar Online menjejak beberapa ODP untuk mengetahui kisah silam dan kehidupan baru yang dijalani bekas banduan ini selepas melalui program ini.


KAJANG: Hari ini, tanggal 17 April 2014 mencatat sejarah peribadi paling bermakna buat Ramesh kerana beliau bukan lagi bergelar 'Orang Di Parol' (ODP) apabila berakhirnya tempoh hukumannya atas sabitan kes gaduh.

Ramesh (bukan nama sebenar) bagaimanapun bertuah kerana sudah bersedia menempuhi kehidupan baharu apabila menjalani sistem parol sejak September tahun lalu.

Pertemuan dengan Ramesh dan beberapa ODP bersama wartawan mStar Online dipaparkan pada Khamis bagi mengetengahkan keberkesanan sistem parol yang dilaksanakan sejak 2008.

Menceritakan lanjut, Ramesh yang insaf dan kesal dengan kesilapan lalu hingga dipenjarakan pada 17 Ogos 2011 mahu bangkit semula dengan mempraktikkan apa yang dipelajarinya sepanjang tempoh berada di sekeliling tembok besi itu selama dua tahun.

Anak kelahiran Ulu Bernam, Selangor ini turut berazam untuk menjaga keluarganya yang selama ini banyak memberi sokongan kepadanya.

"Saya mendapat sokongan keluarga sejak dipenjara sehingga menjalani parol dan berazam memberi sokongan kuat kepada mereka. Itu janji saya," katanya ketika ditemui di Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Selangor di sini, baru-baru ini.

ODP Ramesh
Ramesh (kiri) ketika ditemuramah oleh wartawan mStar Online.


Mengakui sistem parol sebagai proses untuk pemulihan diri berterusan di luar tembok besi, Ramesh menggunakan peluang keemasan itu untuk memotivasi diri bersama keluarga.

"Tempoh parol ini memberi ruang kepada saya untuk mengaplikasi apa yang dimanfaatkan sebelum ini di penjara. Ini saya akan amalkan dalam kepimpinan saya sebagai ketua keluarga.

"Saya mahu menjaga isteri, anak dan kedua ibu bapa dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang. Saya juga berjanji untuk menyokong anak-anak saya dalam pelajaran sehingga ke peringkat tertinggi," katanya yang kini menceburi bidang perniagaan dan pertanian bersama keluarga.

Menurut Ramesh, seorang daripada tujuh anaknya mendapat keputusan baik dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan akan melanjutkan pengajiannya di universiti.

"Kejayaan mereka (keluarga) juga menjadi sebahagian daripada kemajuan diri saya. Itu yang penting buat saya," kata Ramesh.

Penolong Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Selangor, Ketua Inspektor Sukur Noordin berkata, walaupun ODP sudah menamatkan tempoh parolnya, namun mereka dialu-alukan untuk berhubung dengan pegawai parol bagi mendapatkan bantuan dari segi khidmat nasihat dan sokongan.

Beliau berkata, pada masa sama, pegawai parol turut berhubung dengan bekas ODP untuk bertanya khabar di samping mendapatkan perkembangan terkini.

"Kita sentiasa bersedia memberi khidmat nasihat untuk mereka (ODP) sekiranya diperlukan. Sokongan kita akan membantu bekas ODP untuk terus menyesuaikan diri dengan masyarakat dan menjalani kehidupan baharu lebih baik," katanya.

Tags / Kata Kunci: Ramesh , ODP , Parol

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan