P.Pinang Beri Penghormatan Pengebumian Negeri Kepada Karpal

Diterbitkan: Khamis, 17 April 2014 7:29 PM

Lim Guan Eng memeluk Gobind Singh Deo sambil mengucapkan takziah kepada keluarga Karpal.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang akan memberi penghormatan pengebumian negeri kepada Karpal Singh.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata mesyuarat exco tergempar yang diadakan hari ini memutuskan supaya bendera dikibarkan separuh tiang sebagai tanda penghormatan sehingga majlis pengebumian Karpal yang akan diadakan Ahad ini. 

Orang awam dibenarkan untuk menghadiri majlis yang akan diadakan di Dewan Sri Pinang, Light Street pada Ahad daripada pukul 9 pagi hingga 11 malam. 

"Pemergian Karpal satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga malah seluruh rakyat Malaysia yang  mendapat aspirasi daripada pejuangannya dalam bidang perundangan. 

"DAP juga kehilangan seorang pemimpin yang berani dan negara kehilangan tokoh perundangan yang bijaksana. Beliau akan sentiasa dikenang sebagai seorang patriot yang berjuang demi keadilan, integriti serta kebebasan tanpa rasa takut atau pilih kasih," kata Lim. 

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP, berkata parti juga akan menangguhkan semua acara dan majlis di seluruh negara kepada tarikh baru sebagai tanda penghormatan atas pemergian Karpal. 

Kami juga telah menubuhkan jawatankuasa majlis pengebumian kebangsaan yang diketuai oleh Pemangku Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Kok Wai diperingkat pusat sementara Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow akan mengetuai jawatankuasa tersebut di peringkat negeri. 

Mayat mendiang dibawa ke rumahnya di 144A, Jalan Utama, Pulau Pinang bermula 3 petang, Khamis. 

Orang ramai juga boleh memberi penghormatan terakhir di Dewan Sri Pinang pada Ahad sebelum mayatnya dibakar di krematorium Batu Gantong. 
 
Abu mayat Karpal pula akan dihanyutkan ke laut pada pagi Isnin. 


Tags / Kata Kunci: Karpal Singh , Lim Guan Eng

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan