Karpal Mahu Bertolak Malam Untuk Persiapan Kes Mahkamah - Gobind

Diterbitkan: Khamis, 17 April 2014 10:11 AM

Gobind (kanan) dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meratapi pemergian Karpal Singh. - foto RONNIE CHIN/The Star

(Ubah saiz teks)

IPOH: Karpal Singh diceritakan berkeras untuk bertolak ke Pulau Pinang pada waktu malam supaya beliau boleh membuat persiapan untuk kes mahkamah pada Khamis, kata anaknya,Gobind Singh Deo.

"Saya bertemu dengannya buat kali terakhir di Hospital Pantai, Bangsar keranaa saya sedang mendapatkan rawatan di sana ketika itu.

"Kami berbual sekejap saja dan ketika itu beliau memperkatakan banyak perkara selain berkata akan berbincangkan mengenainya kemudian," kata Gobind yang juga Ahli Parlimen Puchong.

Gobind berkata, bagaimanapun pada pukul 2.15 pagi Khamis, beliau menerima panggilan telefon daripada isterinya mengenai insiden tersebut.

"Isteri saya ingin mendapatkan pengesahan dan selepas itu kami bergegas ke Kampar.

"Kami sempat melihat mayatnya dan Michael yang merupakan penjaganya, dia (Karpal) duduk di kerusi belakang di dalam kenderaan itu," katanya.

Gobind berkata, adiknya, Ramkarpal dan pemandu, C Selvam yang turut berada di dalam kenderaan berkenaan hanya mengalami kecederaan ringan.

Pembantu rumah Karpal Singh, seorang wanita warga Indonesia antara yang turut cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak.

Gobind berkata, beliau akan mengumumkan tarikh pengebumian bapanya dalam tempoh terdekat.

"Ramai rakan dan ahli keluarga yang berada di luar negara mahu pulang dan memberikan penghormatan terakhir di rumah kami di Jalan Utama, Pulau Pinang.

"Kami merancang untuk melakukan pengebumian pada petang Sabtu atau pagi Ahad bagi memberi peluang kepada mereka yang akan hadir dari jauh mengatur perjalanan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Gobind Singh Deo , Karpal Singh , kemalangan , DAP

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan