Karpal Singh Inspirasi Kepada Parti - Lim Guan Eng

Diterbitkan: Khamis, 17 April 2014 1:48 PM

Lim Guan Eng.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini melahirkan rasa sedih terhadap kehilangan bekas pengerusi DAP Karpal Singh yang disifatkannya sebagai sumber inspirasi kepada anggota parti itu.

Setiausaha Agung DAP itu berkata berita kematian Karpal Singh akibat kemalangan di Kampar yang diterima beliau pada pukul 3 pagi, amat mengejutkan.
 
"Saya mewakili seluruh warga DAP merakamkan takziah kepada anggota keluarga beliau, dan bagi pihak kerajaan negeri, kita mahu memberi penghormatan kepadanya, 'a proud son of Penang'," katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, Khamis.

Beliau berkata Karpal Singh bukan sahaja seorang peguam yang dihormati malahan seorang ahli politik yang tegas dan tidak berkompromi dengan prinsip yang dipegangnya.

Lim berkata kali terakhir pertemuan mereka adalah pada sesi Parlimen baru-baru ini dan beliau turut menelefon Karpal Singh beberapa hari lepas bagi membincangkan isu mahkamah dan parti.

"Ia adalah satu kehilangan yang besar, kami terkejut dengan kehilangan secara tiba-tiba ini. Ini kerana kami percaya banyak lagi yang boleh beliau sumbangkan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Lim Guan Eng , Karpal Singh

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan