LHDN Agih RM300 Juta Kepada Pembayar Cukai Awal - Berita Semasa | mStar

LHDN Agih RM300 Juta Kepada Pembayar Cukai Awal

Diterbitkan: Khamis, 17 April 2014 12:07 PM

Pembayar cukai mengisi borang e-filing di pejabat LHDN.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebih 280,000 pembayar cukai menerima pulangan balik cukai terlebih bayar yang keseluruhannya mencatatkan jumlah lebih RM300 juta dalam tempoh sebulan sejak operasi penyerahan Borang Penyata Cukai Pendapatan (BNCP) dilaksanakan, 1 Mac lalu.


Kadar itu diagihkan secara berperingkat-peringkat sehingga 31 Mac lalu, selepas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mula menerima Borang E bagi pembayar cukai individu.

Pegawai Perkhidmatan Pelanggan, Jabatan Khidmat Korporat LHDN, Masrun Maslim, berkata jumlah kes bayaran balik cukai terlebih bayar bagi kategori individu berjaya diproses dan dipulangkan semula dalam tempoh ditetapkan.

"Angka ini menyaksikan seratus peratus kes bayaran balik individu berjaya diproses mengikut tempoh yang ditetapkan Piagam Pelanggan LHDN iaitu mengembalikan lebihan bayaran atau pembayaran balik cukai pendapatan dalam masa 30 hari bekerja untuk yang mengemukakan borang menerusi e-Filing.

"Bagaimanapun bagi serahan tangan atau pos pula, tempohnya adalah 90 hari bekerja," katanya kepada mStar Online, Khamis.

Masrun berkata, kes bayaran balik yang berjaya diproses mengikut tempoh ditetapkan ini adalah borang yang lengkap, teratur dan dihantar awal semenjak e-Filing dibuka pada 1 Mac 2014 lalu.

"Jumlah ini juga tidak termasuk dalam senarai borang nyata yang perlu diaudit oleh pihak kami," katanya.

Selain itu, beliau berkata, tahap keyakinan pembayar cukai untuk menggunakan kaedah e-Filing bagi mengistiharkan cukai pendapatan juga memberangsangkan.

"Ia boleh dilihat dari segi angka penerimaa BNCP melalui kaedah ini yang terus meningkat di mana sehingga pukul 2 petang Rabu, lebih 1.281 juta BNCP diterima LHDN, berbanding 1.009 juta BNCP dalam tempoh yang sama tahun lalu, iaitu peningkatan hampir 27 peratus," katanya.

Beliau berkata, daripada angka ini, sebanyak 1.037 juta adalah BNCP pembayar cukai individu, berbanding 0.841 juta BCNP pembayar cukai individu dalam tempoh yang sama pada tahun lalu.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan pembayar cukai supaya tidak berlengah-lengah dalam mengemukakan borang penyata cukai masing-masing bagi mendapat pulangan atau bayaran lebih dengan cepat jika ada.


Tags / Kata Kunci: LHDN , cukai individu , borang penyata
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan