Salah Seorang Daripada Kami Mungkin Tarik Diri - Anwar

Diterbitkan: Khamis, 17 April 2014 9:26 AM

Anwar bertanding satu lawan satu dengan isterinya, Wan Azizah.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi gambaran sama ada beliau atau isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mungkin menarik diri daripada bertanding jawatan presiden kerana parti itu bakal berhadapan risiko dibatalkan pendaftarannya.

"Pertempuran saya bukan dengan Azizah tetapi dengan pemimpin-pemimpin Umno. Mereka menggunakan mahkamah dan kini Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk menafikan hak saya untuk bertanding," katanya kepada media di ibu pejabat PKR di sini, Rabu.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, parti membenarkan calon-calon yang bertanding untuk menarik diri pada bila-bila masa.

"Jadi, kami mungkin mempunyai seorang calon (untuk jawatan tertinggi) - Anwar atau Azizah.

"Kami hidup dan mati bersama," selorohnya.

PKR berdepan risiko dibatalkan pendaftarannya oleh RoS jika Anwar meneruskan niat untuk bertanding jawatan Presiden parti itu.

Hasratnya untuk bertanding menimbulkan persoalan selepas Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar atas kesalahan meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 7 Mac.

Beliau mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Persekutuan.

Terdahulu, Pengarah Jawatankuasa Pemilihan PKR, Datuk Johari Abdul mengumumkan bahawa setakat ini tiada calon menarik diri bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

Bagaimanapun, Ketua PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman menarik diri dari bertanding jawatan Naib Presiden, menjadikan jumlah yang bertanding kepada 14 calon.

Pemilihan PKR akan diadakan bermula 26 April hingga 11 Mei.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan