Teresa Kok Masih Trauma Selepas Tiga Hari Diragut

Diterbitkan: Rabu, 16 April 2014 2:30 PM

Teresa Kok (kanan) bersama anak buahnya, Kok En Ying,5, masih trauma dengan kejadian ragut yang menimpa mereka Ahad lalu. Turut sama ayah Teresa, Kok Kim Tang. - Foto M.AZHAR ARIF/THESTAR.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengakui beliau masih trauma dengan kejadian ragut yang berlaku  dihadapan rumah keluarganya yang terletak di Taman Rainbow dekat Sentul, Ahad lalu.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 7 malam itu, Teresa bersama dua anak saudaranya yang berusia 10 dan 5 tahun sedang bersiar-siar, di tepi rumah keluarganya di Jalan Selama apabila tiba-tiba dua lelaki tidak dikenali turun daripada motosikal dan menghampiri mereka.

"Saya terkejut apabila dalam masa 20 saat sahaja, salah seorang suspek cuba menghampiri saya dan cuba meragut rantai leher saya hingga menyebabkan saya terjatuh. Nasib baik saya dapat melarikan diri dengan berselindung di belakang sebuah kereta pacuan empat roda.

"Biarpun kejadian itu sudah beberapa hari berlaku, saya masih lagi trauma, dan anak saudara saya Kok En Ying, 5, sakit selepas kejadian itu," katanya kepada pemberita pada sidang media di Bilik Gerakan Rukun Tetangga Taman Rainbow di sini, Rabu.

Teresa bagaimanapun melahirkan rasa syukur kerana beliau tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu. 

Sementara itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menggesa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memasang Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV), manakala pihak polis boleh mengadakan rondaan yang lebih kerap di kawasan perumahan berkenaan untuk mengelakkan kejadian sama berulang.

"Kadar jenayah ragut di kawasan ini terus meningkat, bagaimanapun dengan kerjasama DBKL, polis dan persatuan penduduk kita yakin masalah ini dapat diatasi," katanya.

Selain itu, Ahli Jawantankuasa Keselamatan Persatuan Rukun Tetangga Taman Rainbow, Moorthy Sivagulam, 60, berkata persatuan berkenaan telah mencadangkan supaya pondok keselamatan diwujudkan di pintu masuk utama, bagaimanapun sehingga kini hanya 50 peratus daripada 267 pemilik rumah di kawasan berkenaan bersetuju dengan cadangan tersebut.

"Kami tidak boleh meneruskan rancangan ini kerana DBKL hanya akan meluluskan dengan pelan ini sekiranya 75 peratus penduduk bersetuju dengannya. Ramai antara penduduk di sini pernah mengalami insiden ragut ini dan ada yang hilang ribuan ringgit apabila rumah mereka dirompak.

"Oleh itu, saya tidak faham kenapa ada antara penduduk yang tidak bersetuju dengan cadangan ini kerana ia akan menjamin bukan sahaja keselamatan ahli keluarga, malah harta benda penduduk di sini," katanya. 


Tags / Kata Kunci: Teresa Kok , ragut , Taman Rainbow

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan