Jadual Catuan Air Beberapa Kawasan Terjejas Akibat Paip Pecah - Syabas

Diterbitkan: Rabu, 16 April 2014 10:15 PM

Priscilla Alfred

Priscilla Alfred.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelan catuan air dilapor terjejas di beberapa kawasan di Jalan Universiti Petaling Jaya, Jalan Prima Setapak dan Taman Bukit Kajang Baru, Kajang berikutan kejadian paip pecah, sejak Rabu.

Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Priscilla Alfred berkata bekalan air ke semua kawasan terlibat terputus dan tempoh pembaikannya belum ditentukan lagi.

"Bekalan air akan disalur kepada kawasan terlibat sebaik sahaja kerja-kerja pembaikan paip pecah itu selesai," menurutnya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Katanya, pengguna kawasan berkenaan akan menerima tempoh penyaluran air yang lebih panjang dari jadual catuan bagi mengurangkan kesulitan yang dihadapi mereka. 

Sementara itu, operasi Loji Rawatan Air (LRA) Wangsa Maju oleh Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) terpaksa dihentikan ekoran tahap kekeruhan air di Sungai Gombak, walaupun aliran air didapati banyak selepas hujan, katanya. 

Priscilla berkata, Syabas dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menyiasat dakwaan penduduk Perumahan PPR Salak Selatan kononnya pembekalan air ke kawasan mereka tidak mengikut jadual. 

Katanya, hasil siasatan mendapati masalah itu hanya berlaku di kediaman Blok A dan ia berpunca daripada bekalan air dipam terpaksa memenuhkan tangki simpanan bomba yang telah kosong akibat digunakan penduduk ketika hari catuan. 

"Injap pengawal aliran air di tingkat 10 bangunan itu juga didapati tidak berfungsi lalu menyebabkan simpanan air tangki sedutan tidak dapat dikawal, sekali gus menyukarkan penyaluran bekalan air bagi penduduk di tingkat 11 hingga tingkat 17," katanya.

Priscilla berkata, pengambilan air dari pili atau tangki simpanan bomba dilarang sama sekali kerana simpanan air tersebut adalah bagi kegunaan mencegah dan memadam kebakaran. 

Katanya, Badan Pengurus Bersama dan Pengurus Bangunan Kediaman digesa melakukan pemeriksaan berkala bagi memastikan sistem perpaipan dalaman premis

kediaman dan sistem pengepaman sentiasa berfungsi dengan baik.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan