Kes Culik Di Semporna: Pihak Berkuasa Terima Bukti Warga China Masih Hidup

Diterbitkan: Selasa, 15 April 2014 5:05 PM

Gao Huayun

Gao diculik dari sebuah resort di Semporna, 2 April lalu.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Perantara sedang berusaha untuk membebaskan warga China yang diculik dari sebuah resort di Semporna setelah diberikan bukti bahawa wanita tersebut masih hidup.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan bahawa mereka menerima sekeping gambar Gao Hua Yuan yang diambil di selatan Filipina.

Beliau bagaimanapun menafikan untuk mengulas lanjut bila gambar tersebut diambil dan diterima oleh polis negeri itu.

Hamza turut enggan memberikan komen sekiranya polis ada menerima sebarang tuntutan wang tebusan terbaharu.

Gao, 29, dari Shanghai dan pekerja resort warga Filipina, Marcy Darawan, 40, diculik oleh tujuh lelaki bersenjata yang ada kaitan dengan kumpulan Abu Sayyaf dari  Singamata Reef Resort di Semporna pada 2 April lalu.

Tuntutan awal yang dibuat melalui perantara meletakkan jumlah wang tebusan sebanyak 500 juta Pesos (RM36.4 juta) tetapi petunjuk baharu ialah penculik menuntut sejumlah wang tebusan mencecah AS$1 juta (RM3.26 juta) untuk membebaskan Gao.

Tuntutan terbaharu itu timbul selepas anggota keselamatan Filipina membunuh seorang lelaki yang disyaki anggota kumpulan Abu Sayyaf di perkampungan Patikul.

Menurut laporan awal yang tidak disahkan mendapati lelaki bersenjata itu sedang bersembunyi.

Anggota keselamatan Filipina menegaskan bahawa tiada pengesahan di mana tebusan atau kumpulan bersenjata itu berada.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan polis Malaysia dan pasukan keselamatan Filipina sedang berusaha untuk berhubung secara terus dengan kumpulan bersenjata itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan