Polis Sita Telefon Bimbit Tian Chua Untuk Siasatan

Diterbitkan: Selasa, 15 April 2014 12:35 PM

Tian Chua
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan pihaknya telah menyita telefon bimbit milik Anggota Parlimen Batu, Tian Chua di sebuah hotel di Petaling Jaya kira-kira pukul 8 malam Isnin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi pada Selasa berkata telefon bimbit Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat itu disita untuk membantu polis menyiasat kes di bawah Akta Hasutan 1948.

"Maklumat lanjut mengenai kes ini akan disiarkan melalui siaran media nanti, yang dilakukan (Bahagian) Hal Ehwal Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur," kata Khairi.

Sementara itu, Setiausaha Politik kepada Tian Chua, Rozan Azen Mat Rasip berkata ketika didatangi 10 anggota polis berpakaian biasa, Tian Chua sedang bertemu dengan kenalannya di hotel terbabit.

"Mereka hanya menunjukkan waran untuk menyita telefon bimbit berkenaan, namun tidak menyatakan pula untuk tujuan apa. Mereka cuma kata untuk siasatan di bawah Akta Hasutan," katanya ketika dihubungi.


Tags / Kata Kunci: Tian Chua , PKR , Polis

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan