Cadangan Penggunaan Tali Pinggang Keledar Dalam Bas

Diterbitkan: Selasa, 15 April 2014 11:27 PM

Abdul Aziz Kaprawi.

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata kementerian itu akan mencadangkan tali pinggang keledar (keselamatan) disediakan di setiap tempat duduk bas sebagai satu daripada ciri keselamatan pengguna bas.

Katanya kementerian itu akan berbincang dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan juga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) untuk menguatkuasakan pemakaian tali pinggang keledar di dalam bas bagi keselamatan pengguna bas.

"Kami jangka dalam tempoh lima tahun ini untuk menguatkuasakan penggunaan tali pinggang keledar di setiap bas secara menyeluruh. Walaupun ia tidak dikuatkuasakan serta merta tetapi kami akan meletakkan syarat kepada bas baharu yang hendak dilesenkan.

"Buat masa ini bas lama dikecualikan oleh kerana kita tidak mahu melibatkan penambahan kos (yang membebankan) syarikat bas," katanya pada sidang media selepas pelancaran bas baharu Sistem Kenderaan Seremban-Kuala Lumpur Sdn Bhd (SKS-KL) di sini Selasa.

Abdul Aziz berkata kebanyakan bas baharu kini didapati menepati ciri-ciri keselamatan dan keselesaan pengguna, tali pinggang kaledar boleh menambah ciri keselamatan yang ada. 

Selain itu, alat GPS dan had laju juga dipasang pada setiap bas bagi mengawasi kedudukan dan kelajuan bas untuk memastikan syarikat sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa.

"Saya juga menyarankan agar syarikat bas memastikan pemandu bas mereka adalah pemandu yang bertauliah dan mempunyai lesen serta yang sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya. Kita menekankan pemandu berhemah kerana kajian mendapati hampir 80 peratus kemalangan bas ini adalah berpunca daripada kecuaian pemandu.

"Dalam hal ini, syarikat bas diminta supaya lebih teliti dan berhati-hati memilih pemandu bas," kata Abdul Aziz.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan