Malaysia Masih Belum Buat Keputusan Ganti Pesawat MiG-29 - Berita Semasa | mStar

Malaysia Masih Belum Buat Keputusan Ganti Pesawat MiG-29

Diterbitkan: Selasa, 15 April 2014 9:23 PM

Hishammuddin Hussein.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia masih belum membuat keputusan untuk menggantikan pesawat MiG-29 buatan Rusia yang digunakan Tentera Udara Diraja Malaysia dengan pesawat baharu buat masa ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Selasa.

Beliau berkata ini kerana negara perlu mengukuhkan industri pertahanan agar berada sama paras dengan negara Asean yang mempunyai teknologi lebih maju.

"Tumpuan sekarang adalah memberi penekanan kepada industri pertahanan negara, dan dengan adanya Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2014 terbukti bahawa Malaysia masih merupakan satu lokasi yang cukup strategik dan kita boleh mengambil kesempatan untuk mendapat manfaat. Ini adalah situasi menang-menang," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini pada Selasa ketika diminta mengulas sama ada kerajaan Malaysia telah membuat keputusan untuk membeli pesawat baharu untuk menggantikan pesawat lama TUDM.

Pada Mac tahun lepas, Malaysia menyenarai pendek lima jet tempur iaitu Eurofighter Typhoon buatan konsortium Eropah terdiri BAE Systems, EADS dan Finmeccanica; Dassault Aviation Rafale dari Perancis; Boeing's F/A 18E/F Super Hornet; Sukhoi Su-30 buatan Rusia dan SAAB JAS-39 Gripen buatan Sweden.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan