Pelan Catuan Air Peringkat Pertama, Ketiga, Keempat Diteruskan - Berita Semasa | mStar

Pelan Catuan Air Peringkat Pertama, Ketiga, Keempat Diteruskan

Diterbitkan: Selasa, 15 April 2014 10:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) masih meneruskan pelan catuan bekalan air peringkat pertama, ketiga dan keempat seperti diputuskan kerajaan negeri Selangor dan diluluskan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS Priscilla Alfred berkata sehingga kini, kesemua pelan itu dilaksana dengan lancar mengikut jadual.

Beliau berkata Loji Rawatan Air Cheras Batu 11 masih tidak beroperasi sejak ditutup semula pada Isnin apabila paras ammonia terus melepasi tahap yang dibenar Kementerian Kesihatan.

"Syabas telah dimaklumkan oleh Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, iaitu syarikat operator loji rawatan air tersebut, bahawa melalui pemantauan mereka kandungan ammonia di dalam Sungai Langat masih di tahap tinggi," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Pelan catuan air peringkat pertama membabitkan beberapa kawasan di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang manakala peringkat ketiga ialah Gombak, Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

Kawasan yang terlibat bagi peringkat keempat pula ialah Gombak, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Kuala Langat, Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang. 

Sehubungan itu, SYABAS meminta pengguna berjimat cermat dalam penggunaan air selain tidak melakukan perkara terlarang seperti merosakkan sistem paip agihan untuk mendapat bekalan. 

Untuk maklumat berhubung senarai kawasan dan jadual catuan, sila layari laman sesawang www.syabas.com.my.
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan