Isu Air: Pekilang Hadapi Kos Tambahan

Diterbitkan: Selasa, 15 April 2014 8:22 AM

Keadaan terkini di Empangan Sungai Selangor yang kering sejak Februari lalu. Bagaimanapu sehingga Sabtu lepas, paras air di empangan ini meningkat kepada 37.66 peratus. -foto RAYMOND OOI

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Industri di Selangor akan terjejas teruk akibat kos yang tingggi sekiranya mereka juga tertakluk kepada catuan air juga, demikian menurut Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).

"Jika syarikat-syarikat di negeri ini menghadapi masalah kekurangan air, mereka perlu mencari sumber bekalan alternatif.

"Sudah pasti ia akan menjadi sangat mahal," kata Presiden FMM, Datuk Saw Choo Boon.

Sebagai contoh beliau berkata, sebuah syarikat makanan dan minuman yang berpangkalan di Shah Alam memerlukan bekalan alternatif berjumlah kira-kira 120 tangki air sehari.

"Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor) mengenakan bayaran percubaan iaitu pertambahan RM100 bagi satu tangki untuk setiap perjalanan. Oleh itu syarikat ini akan perlu membayar kira-kira RM150,000 sehari.

"Jika mereka tidak mendapat bekalan, mereka akan kehilangan kira-kira RM15 juta sehari bagi kos dan jualan akibat daripada pengeluaran terpaksa dihentikan kerana kekurangan air," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

FMM Selangor telah mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang bersetuju untuk menangguhkan catuan air di kawasan perindustrian terpilih buat masa ini.

Persekutuan itu juga memahami bahawa banyak projek-projek pelaburan di Selangor dan projek pembinaan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terpaksa ditangguhkan kerana Syabas tidak dapat memberi jaminan mengenai bekalan air.

"Sebuah syarikat barangan elektrik terpaksa melupakan tempahan bernilai RM40 juta kerana kekurangan bekalan air dan akhirnya tempahan itu beralih ke negara jiran," kata Saw sambil menambah bahawa beban industri akan diringankan jika Syabas memansuhkan yuran percubaan.

Tambah Saw, memorandum persefahaman antara Kerajaan Persekutuan dan negeri untuk menstruktur semula industri air Selangor memberikan "harapan penyelesaian jangka panjang".

Walau bagaimanapun katanya, tindakan segera diperlukan untuk penyelesaian jangka pendek kerana Projek Langat 2 hanya akan siap selepas tiga tahun.

Selain itu FMM turut meminta kerajaan negeri supya memberi kelulusan segera bagi penggunaan air bawah tanah dan mengetepikan tarif air bawah tanah untuk tiga tahun pertama.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan