Pejabat BSM Berpindah Ke KL

Diterbitkan: Selasa, 15 April 2014 10:12 PM

Pejabat BSM di Damansara Kim, Petaling Jaya akan berpindah ke Kuala Lumpur.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pejabat Persatuan Bible Malaysia (BSM) akan berpindah ke Kuala Lumpur daripada lokasi sedia ada di Damansara Kim di sini, kerana percaya persekitaran di Selangor tidak sesuai untuk menjalankan tugas membekalkan Bible kepada penganut Kristian dan gereja-gereja di Malaysia.

"BSM ingin mengumumkan bahawa kami akan memindahkan ibu pejabat dan beroperasi di luar Selangor ke Kuala Lumpur, di mana perlindungan lebih baik diberikan oleh kerajaan Persekutuan kepada agama minoriti," menurut BSM dalam satu kenyataan pada Selasa.

BSM berkata, mereka berharap exco kerajaan negeri Selangor akan mencontohi kerajaan Persekutuan dalam mengamalkan penyelesaian 10 perkara, yang akan meredakan ketegangan agama di negeri ini, tetapi ianya tidak dilakukan.

"Malangnya, pendirian yang diambil oleh exco kerajaan Selangor untuk membenarkan dan menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) adalah satu isyarat jelas bahawa jabatan itu akan terus bertindak bebas terhadap persatuan agama bukan Islam di Selangor.

BSM juga berkata, persatuan itu akan menghentikan pengimportan Bible untuk Sabah dan Sarawak melalui Pelabuhan Klang tetapi akan membuat penghantaran secara terus ke Malaysia Timur.

Bible untuk Semenanjung Malaysia akan dihantar melalui Pulau Pinang yang disifatkan BSM sebagai 'tidak mempunyai undang-undang seperti enakmen Selangor 1988'.

BSM berkata, Bible dalam Bahasa Malaysia akan diedarkan di kedai-kedai mereka di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kuching, Miri dan Kota Kinabalu tetapi memberi amaran kepada mereka di Selangor bahawa penggunaan dan pengimportan Bible tersebut adalah di atas risiko sendiri.

Sementara itu, di SHAH ALAM, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, BSM mempunyai hak untuk memindahkan pejabatnya.

"Kerajaan negeri tidak akan mencampuri keputusan mereka untuk berpindah. Walaupun kami mengalu-alukan kehadiran sesiapa saja di negeri ini, terdapat undang-undang dan enakmen negeri perlu dipatuhi," katanya.

Ketika ditanya sama ada tindakan BSM akan menjejaskan kerajaan Selangor, Khalid berkata beliau tidak bimbang.

Beliau turut berkata, apa jua keputusan untuk meminda enakmen Islam di negeri itu merupakan pertimbangan yang serius dan hanya pemimpin tertinggi negeri tersebut boleh melakukannya.

Pada 2 Januari lalu, Jais menyerbu premis BSM dan merampas kira-kira 321 Bible versi Bahasa Melayu dan Bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan