Loji Rawatan Air Cheras Batu 11 Henti Operasi

Diterbitkan: Selasa, 15 April 2014 9:17 AM

syabas
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11, yang beroperasi semula sejak 30 Mac lepas, menghentikan operasi sejak 3 petang Isnin berikutan paras ammonia dalam air mentah meningkat ke tahap berbahaya.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Priscilla Alfred berkata paras ammonia yang dicatat ialah 4.50 part per million (ppm), iaitu melebihi tahap piawaian yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.

Beliau berkata perkara itu dimaklumkan pihak operator loji iaitu Puncak Niaga (M) Sdn Bhd.

"Dengan penghentian sementara operasi LRA Cheras Batu 11 ini, kawasan yang mendapat bekalan air melalui LRA berkenaan mengalami catuan bekalan seperti biasa," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sehubungan itu, pengguna diminta bersiap sedia menyimpan bekalan air secukupnya untuk kegunaan semasa catuan.

Priscilla juga berkata Syabas akan terus memaklumkan sebarang perkembangan terkini operasi LRA itu dari semasa ke semasa bergantung kepada keadaan air mentah di loji berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Syabas , Loji Rawatan Air Cheras , Selangor

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan