Catuan Air Di Zon Satu Daerah Taiping Dihentikan Khamis Ini

Diterbitkan: Selasa, 15 April 2014 5:23 PM

Zainol Fadzi (dua kanan) melakukan lawatan ke loji rawatan air Taiping, bulan lalu.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Lembaga Air perak (LAP) akan menghentikan catuan bekalan air berjadual bagi keseluruhan kawasan zon satu di daerah Taiping melibatkan 13,678 akaun, pada Khamis ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Negeri Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata ini kerana paras air di Loji Taiping Headworks meningkat daripada 26 juta liter kepada 30 juta liter berikutan hujan baru-baru ini.

"Jabatan Meteorologi melakukan pembenihan hujan kerana paras air tidak menerima hujan yang cukup, bagaimanapun hasil daripada kejadian hujan ini menyebabkan peningkatan paras air di Loji Taiping Headworks," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini Selasa.

Sementara itu, beliau berkata sebahagian kawasan zon dua, yang melibatkan bekalan dari Loji Rawatan Ayer Kuning, catuan akan diteruskan bagi tempoh dua minggu bermula 17 hingga 30 April ini melibatkan 9,841 akaun.

Katanya, paras air di Empangan Ayer Kuning masih rendah dengan kapasiti simpanan sebanyak 50 peratus.

"Beberapa kawasan di dalam Zon 2B iaitu Taman Semarak, Taman Assam Maju dan Taman Raja Idris Shah melibatkan 1,817 akaun manakala Zon 2C iaitu Taman Kota dengan 200 akaun akan dikeluarkan daripada zon catuan," katanya.

Zainol Fadzi berkata, untuk kali ini tempoh catuan dikurangkan daripada dua hari ke satu setengah hari.

"Kalau sebelum ini, tempoh masa 40 hingga 50 jam untuk dapatkan air, kali ini dipendekkan antara 30 hingga 36 jam. Penduduk perlu membuat perancangan pengurusan air secara berhemat bagi mengelakkan pembaziran," katanya.

Katanya LAP telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara untuk melakukan catuan bekalan air buat kali kedua.

Selain itu, beliau berkata LAP telah memohon kepada Jabatan Meteorologi untuk membuat pembenihan hujan di kawasan Taiping dan Utara termasuk di Empangan Bukit Merah yang juga menghadapi penurunan paras air.

Tags / Kata Kunci: catuan air , zon 1 , Taiping , dihentikan , LAP

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan