Aplikasi E-Rumahjohor Untuk Mohon Rumah Mampu Milik Di Johor

Diterbitkan: Selasa, 15 April 2014 10:56 PM

Mohamed Khaled merasmikan Minggu Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor di Johor Baru pada Selasa. - foto ABDUL RAHMAN EMBONG/The Star.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Bermula Rabu, permohonan untuk mendapatkan rumah mampu milik di Johor boleh dibuat menerusi aplikasi Sistem Permohonan Rumah Johor atau e-rumahjohor, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata sistem itu yang dibangunkan menerusi kerjasama kerajaan negeri dan Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor (USTICT) bertujuan memudahkan rakyat di negeri itu membuat permohonan. 

"Sistem ini beroperasi bagi memudahkan orang awam untuk mendaftar dan memohon rumah mampu milik dan kos rendah yang telah disediakan oleh kerajaan negeri secara dalam talian," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Minggu Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor (MISTI Johor 2014) pada Selasa.

Beliau berkata sistem itu juga boleh dilayari menerusi portal rasmi kerajaan negeri atau terus ke erumah.johor.gov.my.

Menurut Mohamed Khaled, kewujudan aplikasi erumahjohor juga akan meningkatkan kecekapan kerajaan negeri dari segi mengutamakan daerah atau kawasan yang lebih memerlukan pembangunan projek perumahan mampu milik.

Aplikasi ini juga akan membantu kerajaan negeri merancang dengan lebih teliti, selain memastikan bekalan rumah yang tidak melebihi permintaan serta tidak membebankan pemaju perumahan yang terlibat, katanya.

Sehingga ini katanya, kerajaan telah menerima 40,000 permohonan secara manual daripada rakyat Johor untuk mendapatkan rumah mampu milik.

Kerajaan negeri kata Mohamed Khaled telah mengumumkan pembinaan 28,000 unit Rumah Kos Rendah dan Rumah Mampu Milik Johor dalam tempoh lima tahun akan datang bermula 2013.

Sementara itu beliau turut berkata kerajaan negeri sedang mengkaji untuk meningkatkan kemudahan capaian Internet menerusi perluasan perkhidmatan Wi-fi di tempat-tempat tumpuan utama masyarakat.

Untuk peringkat awal katanya, kerajaan negeri akan menyediakan kemudahan Hotspot Wi-fi di 100 lokasi termasuk di Iskandar Malaysia.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan