Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986 Akan Dipinda - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Selasa, 15 April 2014 8:23 PM

Ahmad Zahid Hamidi.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meminda Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 bagi mengenakan hukuman lebih keras terhadap mereka yang menyalah guna ayat suci al-Quran.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pindaan itu mencadangkan agar hukuman denda tidak lebih RM5,000 dan penjara tidak lebih dua tahun sekarang dinaikkan kepada denda tidak lebih RM50,000 dan penjara tidak lebih lima tahun, atau kedua-duanya.

Cadangan pindaan ini diusul oleh Lajnah Tashih Al-Quran KDN yang bermesyuarat  pada Selasa bagi mengekang penyalahgunaan ayat suci al-Quran termasuk dijadikan azimat di kedai makan sebagai pelaris perniagaan, katanya dalam sidang media, di sini.

Katanya pindaan itu dijangka dilakukan tahun ini, namun KDN akan mengadakan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bagi mendapatkan pandangan.

Seterusnya cadangan ini perlu dibawa ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu untuk mendapat perkenan, katanya.

Dalam mesyuarat itu, lajnah atau jawatankuasa yang berperanan menyemak kesahihan al-Quran yang diedar kepada umat Islam di negara ini, turut membincangkan langkah-langkah memperkukuh pencegahan dan tindakan terhadap penyebaran fahaman antihadis.

Sementara itu, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang turut hadir berkata penyalahgunaan ayat suci al-Quran terutama oleh peniaga harus dibendung kerana boleh menjejaskan akidah umat Islam.

"Ayat suci al-Quran adalah panduan kehidupan untuk umat Islam dan bukannya dijadikan sebagai azimat dan pameran," katanya.

Beliau juga mendedahkan perbuatan segelintir pensyarah di institusi pengajian tinggi yang sewenang-wenang memetik ayat al-Quran untuk memupuk kebencian sesama umat Islam.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan