AirAsia Akan Pindahkan Operasi Ke Klia2 9 Mei - Berita Semasa | mStar

AirAsia Akan Pindahkan Operasi Ke Klia2 9 Mei

Diterbitkan: Selasa, 15 April 2014 8:59 PM

Kamarudin Meranun.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: AirAsia mengesahkan ia akan memindahkan operasinya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) menjelang 9 Mei ini.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Pengerusi Eksekutif AirAsia Bhd, Datuk Kamarudin Meranun, berkata walaupun masih terdapat beberapa isu komersial yang tertangguh, perkara itu tidak akan membataskan operasinya di klia2. 

Beliau berkata AirAsia telah membuat persediaan yang perlu untuk berpindah ke klia2, sejajar dengan spesifikasi Kesediaan Operasi dan Pemindahan Lapangan Terbang (ORAT), seperti ujian operasi dan 'airside'.

Dengan bantuan dan sokongan daripada pihak Malaysia Airport Holding Bhd, kami akan dapat melengkapi kehendak spesifikasi ORAT untuk memudahkan proses perpindahan kami," katanya. 

Kamarudin berkata syarikat penerbangan itu yakin perkhidmatan di lapangan terbang baharu itu dan perkhidmatan Kumpulan AirAsia yang bertaraf dunia itu akan terus meningkatkan pertumbuhan industri pelancongan negara, serta industri dan sektor berkaitan yang lain. 

Tags / Kata Kunci: AirAsia , klia2 , Kamarudin Meranun , 9 Mei
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan