Lembaga Pencegahan Jenayah Kaji 51 Kes Jenayah Terancang

Diterbitkan: Isnin, 14 April 2014 9:40 PM

Ahmad Zahid Hamid.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Pencegahan Jenayah sedang mengkaji 51 kes berkaitan jenayah terancang sebelum menentukan bentuk tindakan yang akan diambil, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Mereka (lembaga) kini menjalankan beberapa kajian terhadap 51 kes yang telah dibawa kepada mereka untuk melihat sama ada tindakan perlu dilakukan untuk meletakkan mereka dalam tahanan selama dua tahun atau di bawah kawalan pemantauan dengan penggunaan Peranti Pengawasan Elektronik," katanya.

Lembaga yang berkuat kuasa sejak 2 April itu juga melakukan saringan ke atas 70 penjenayah mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA)(Pindaan dan Pemerluasan)
2013, katanya kepada pemberita selepas menyertai Forum Putrajaya: 'Jenayah Terancang Rentas Sempadan di Asia' di sini Isnin.

Akta itu berkuat kuasa 2 April lepas bertujuan membanteras jenayah terancang dan berat sekali gus menurunkan kadar jenayah di negara ini.

Ahmad Zahid berkata dalam usaha berterusan memerangi jenayah terancang rentas sempadan, termasuk kes penculikan, pelbagai kerjasama dijalin dengan Aseanapol, iaitu dari segi kepolisan di seluruh Asean, serta pihak Interpol.

"Dalam melaksanakan kaedah kepolisan moden yang memerlukan pelbagai aset dan peralatan digunakan untuk melakukan pemantauan bagi memperoleh maklumat serta data, ia dijalankan dengan begitu baik di antara negara yang menjalinkan hubungan dengan Aseanapol.

"Kita turut menjalinkan kerjasama dalam pertukaran maklumat dan data untuk pembanterasan jenayah rentas sempadan ini, yang dilihat semakin agresif bukan sahaja di rantau Asean tetapi juga di seluruh dunia," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen dan Menteri Pertahanan Britain untuk Peralatan, Sokongan dan Teknologi Philip Dunne di sebuah hotel di sini.

Mereka berada di Malaysia bagi menghadiri Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan (DSA) 2014.

DSA 2014 merupakan pameran peralatan dan teknologi pertahanan, sistem persenjataan dan penyelesaian keselamatan generik terkini bagi memenuhi keperluan pasukan keselamatan negara di Asia Pasifik.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan