Mahkamah Syariah, Sivil Disaran Bincang Mekanisme Selesaikan Isu

Diterbitkan: Isnin, 14 April 2014 10:29 PM

Nancy Shukri.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah syariah dan mahkamah sivil disaran bersama-sama mencari penyelesaian berkaitan pertikaian yang membabitkan orang Islam dan bukan Islam di negara ini. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata sudah tiba masanya kedua-dua mahkamah bekerjasama untuk mencadangkan mekanisme yang sesuai bagi menyelesaikan isu itu kerana undang-undang sedia ada mempunyai dua sistem berbeza bagi orang Islam dan bukan Islam.

"Kedua-dua mahkamah ini harus melihat aspek di sebalik perundangan dan duduk semeja dengan menganalisis isu yang sering dibangkitkan," katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Mahkamah Tinggi Pembinaan Kuala Lumpur dan Shah Alam di Jalan Duta, Isnin.

Beliau diminta mengulas kes seorang mualaf Izwan Abdullah yang bertindak mengambil anak lelakinya daripada jagaan bekas isteri, S. Deepa, pada 8 April lepas di Jelebu, Negeri Sembilan.

Nancy berkata isu itu akan dibawa ke mesyuarat Kabinet Rabu ini. 

Pada 7 April lepas, Mahkamah Tinggi Seremban memerintahkan hak penjagaan dua anak pasangan berkenaan diberi kepada Deepa yang beragama Hindu, sedangkan Izwan sebelum itu telahpun mendapat hak penjagaan bagi kedua-dua anaknya di Mahkamah Syariah.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan