20 Tan Kerang Gergasi Dirampas Dari Nelayan Vietnam

Diterbitkan: Isnin, 14 April 2014 6:22 PM

Hamza Taib (dua kanan) memeriksa kerang gergasi di dalam bot milik nelayan Vietnam.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Puluhan kerang gergasi atau Kima seberat hampir 20 tan dirampas dari sembilan nelayan Vietnam di Pulau Mengalum dekat sini pada Isnin.

Kerang gergasi itu yang bernilai kira-kira RM500,000 merupakan spesies marin terancam dan dilindungi di Sabah yang ditemui di dalam sebuah bot yang dikendalikan oleh sebuah syarikat usaha sama dari Sabah dan Vietnam.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, sembilan awak-awak kapal ditahan dalam Ops Cantas Laut yang dilakukan oleh polis marin kira-kira pukul 10.30 pagi pada 10 April lalu.

Menurutnya, walaupun operasi tersebut membabitkan penangkapan dan rampasan pertama spesies tersebut, polis marin percaya terdapat individu yang melakukan kegiatan memugut hasil laut itu secara haram di perairan ini.

"Polis turut akan menyiasat syarikat bot tersebut di sini, manakala sembilan nelayan Vietnam itu akan dibawa ke Jabatan Tanah dan Survei  untuk tindakan lanjut," katanya.

Hamza berkata kes tersebut terlebih dahulu dirujuk ke Jabatan Perikanan tetapi dimaklumkan bahawa ia dibawah bidang kuasa Jabatan Tanah dan Survei kerana ia diambil dari dasar laut yang dianggap sebagai sebahagian daripada kawasan perairan itu.


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan