Anak Ketua Pramugara MH370 Teruja Terima Jersi Ditandatangani Pasukan Liverpool

Diterbitkan: Ahad, 13 April 2014 3:14 PM

ANDREW NARI
(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Anak perempuan Andrew Nari, ketua pramugara dalam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang 8 Mac lalu, menerima jersi Liverpool FC yang ditandatangani daripada kelab bola sepak itu.

Dalam tulisannya di Facebook pada malam Sabtu, Maira Elizabeth memuat naik gambarnya memakai jersi Liverpool yang mengandungi tandatangan pemain dan pengurus pasukan itu.

Jersi itu turut tertera dengan nama Andrew Nari berserta nombor satu.

"Rasa begitu diberkati! Ia berlaku dua hari atau hanya sehari sebelum perlawanan mereka menentang Tottenham Spurs beberapa minggu yang lalu. Baju ini diterbangkan dari Anfield. Hadiah ini benar-benar tidak ternilai. Ayah, ini adalah untuk anda," katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada tiga peminat Liverpool Malaysia yang telah melalui beberapa cabaran bagi mendapatkan jersi yang ditandatangani.

"Akan dibingkaikan jersi ini. Saya tersentuh! Ayah, saya pasti anda akan menjadi insan yang paling gembira sekarang. Amat berharap ayah berada di sini, saya boleh bayangkan betapa gembiranya ayah, atau ayah mungkin menjerit. Hehe. Saya merindui ayah," katanya.

Maira kerap menulis di Twitter mengenai perlawanan Liverpool secara langsung, sepertimana ayahnya yang merupakan peminat tegar kelab Merseyside itu.

"Ayah, Liverpool memenangi perlawanan. Pulanglah ke rumah, ayah boleh menonton permainan ini. Ayah tidak pernah terlepas menonton perlawanan mereka. Ini adalah kali pertama!" katanya yang menulis di Twitter selepas Liverpool membelasah Manchester United di Old Trafford beberapa minggu lalu.

Tulisnya yang menyentuh perasaan di Twitter itu mendapat perhatian kelab bola sepak Inggeris berkenaan dan peminat kelab tersebut dari seluruh dunia.

Tags / Kata Kunci: Maira Elizabeth , Andrew Nari , Liverpool , jersi , MH370

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan