PAS Perlu Perjelaskan Cadangan Usul Hukum Hudud - Mustapa

Diterbitkan: Ahad, 13 April 2014 10:01 PM

Mustapa Mohamed.

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: PAS perlu memberikan penjelasan terperinci mengenai usul rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) kepada semua anggota Parlimen sebelum usul itu dibentangkan di Dewan Rakyat, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata usul itu perlu benar-benar difahami semua pihak supaya ia tidak menimbulkan pelbagai polemik dan mencetuskan konflik dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

"Pertamanya (PAS) perlu beri penjelasan kepada anggota Parlimen beragama Islam dan kemudiannya kepada anggota bukan Islam kerana ini merupakan perkara sangat penting.

"Jangan buat perkara yang tidak terancang kerana perundingan dan perbincangan perlu dibuat sebelum usul itu dibawa ke Parlimen," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail, Pengkalan Chepa di sini, Ahad.

Sebelum ini kerajaan PAS Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu dilaporkan akan membawa usul berkenaan di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember depan.

Pengerusi Jawatakuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata pihaknya sudah menyiapkan draf untuk tujuan tersebut dan cuma memerlukan sedikit penambahbaikan serta pandangan daripada pakar perundangan.

Mengulas lanjut, Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata PAS juga perlu memberikan penerangan dengan baik kepada sekutu mereka iaitu DAP dan PKR yang jelas akan menentang hasrat PAS itu.

"Bagi saya anggota Parlimen yang beragama Islam juga perlu memberikan penerangan kepada rakan mereka yang bukan beragama Islam agar mereka faham mengenai hudud ini.

"Kalau tidak ada kefahaman nanti boleh menimbulkan pelbagai polemik kebangsaan yang akan mencetuskan ketegangan dalam kalangan kita. Kita harus jaga perpaduan ini," katanya.

Beliau berkata Majlis Tertinggi Umno juga belum membuat perbincangan khusus mengenai hukum hudud itu dan yakin kepimpinan parti akan memberikan perhatian serius terhadap perkara itu.

Sementara itu, Mustapa berkata adalah perkara biasa apabila pembangkang tidak bersetuju dengan langkah kerajaan untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) tidak lama lagi.

Katanya sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, CBP merupakan langkah jangka panjang bagi mendapatkan sumber pendapatan negara pada masa hadapan.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan