Kerajaan Komited Tingkatkan Taraf Hidup Masyarakat India - Najib

Diterbitkan: Ahad, 13 April 2014 9:25 PM

Najib Tun Razak.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad mengulangi komitmen kerajaan untuk terus menumpukan usaha bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat India berdasarkan pendekatan inklusif ke arah memastikan kualiti hidup lebih baik bagi generasi sekarang dan akan datang.

Perdana Menteri berkata perjalanan bersama kerajaan dan masyarakat India berdasarkan pendekatan 'nambikei' atau kepercayaan telah membuahkan hasil yang positif.

"Ia telah membawa perubahan sebenar ke arah meningkatkan taraf hidup mereka," kata beliau dalam perutusan yang dipaparkan dalam laman Facebook beliau sempena sambutan Tahun Baru India dan Vaisakhi 2014.

Najib menarik perhatian bahawa April menandakan bermulanya tahun baru bagi kebanyakan masyarakat India di Malaysia dengan masyarakat Tamil menyambut "Chitirai Putthandu" manakala kaum Malayali meraikan 'Vishu'.

Masyarakat Sikh pula menyambut 'Vaisakhi' bagi memperingati kelahiran 'Khalsa'. 

"Sambil menyambut permulaan tahun baharu ini bersama keluarga dan rakan-rakan, marilah kita merenung sejenak untuk mengingati dan terus mendoakan bagi semua yang berada dalam Penerbangan MH370 dan keluarga mereka," kata Najib.

Perdana Menteri merujuk kepada pesawat Malaysia Airlines, yang membawa 239 orang, yang hilang daripada imbasan radar semasa berada di ruang udara Laut China Selatan, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac.

Misi pencarian pesawat itu yang disertai pelbagai negara kini dikerah di selatan Lautan Hindi berdekatan Perth di Australia.

Najib mengakhiri perutusannya dengan berkata: "Mengikut tradisi Malaysia yang tersendiri, marilah kita menyertai saudara dan saudari kita dari kalangan masyarakat India menyambut perayaan istimewa ini.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 'Chitirai Putthandu Vaalthukal' dan 'Vishu Ashamsakal' masing-masing kepada masyarakat Tamil dan Malayali.

"Kepada masyarakat Sikh di Malaysia, saya mengucapkan 'Aap Sab Nu Vaisakhi Di Lakh Lakh Vadai Hovey'," kata beliau.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan