Johor Wujud Hab Generasi Muda - MB

Diterbitkan: Ahad, 13 April 2014 6:15 PM

Mohamed Khaled Nordin (kanan) ketika melawat ruang dalaman pejabat Usaha Selasih Selayang (USS) Sdn Bhd (JOHOR HQ) selepas merasmikan pembukaannya di Stulang Laut, Johor Baru pada Ahad. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Kerajaan Negeri Johor akan mewujudkan Hab Antarabangsa Generasi Muda Johor bagi membolehkan generasi muda membabitkan diri dalam pembentukan serta kemajuan masa depan negeri.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata hab bernilai kira-kira RM20 juta itu akan dibangunkan di kawasan seluas lebih 14 hektar di Tampoi, di sini.

"Projek Hab Generasi Muda yang masih dalam perancangan lagi akan dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA) bersama-sama kerajaan negeri dan Kementerian Belia dan Sukan serta beberapa pihak lain," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan premis perkhidmatan dan barangan kreatif JOHO di Jalan Inderaputra di sini Ahad.

Kepada soalan pemberita, beliau berkata hab itu mempunyai persamaan dengan Youth Park di Singapura yang mempunyai pelbagai tarikan kepada golongan muda.

Ketua Eksekutif Irda Datuk Ismail Ibrahim berkata hab pertama seumpamanya di negara ini dijangka mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini.

Antara pengisian di hab yang akan mengekalkan keadaan semulajadi di kawasan itu adalah berdasarkan konsep kreatif, niaga, kesukanan, kajian dan pembangunan serta kepimpinan, katanya.

"Sebagai contohnya, di bawah konsep kesukanan, kita akan mempunyai sukan lasak.

"Usaha Iskandar Malaysia itu adalah untuk membangunkan golongan muda kerana dalam tempoh 15 tahun lagi apabila Iskandar Malaysia mencapai kematangan, golongan itu akan mengambil alih kepimpinan pembangunan di Iskandar Malaysia," kata Ismail.

Golongan muda yang ingin menyertai hab itu boleh mendaftar secara dalam talian di https://www.facebook.com/johoryouthhub.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan