Bomba Bantu Hantar Pesakit Obesiti Ke Hospital Klang

Diterbitkan: Ahad, 13 April 2014 7:52 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Demi menyelamatkan nyawa, anggota-anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) melakukan khidmat di luar tugasan apabila membantu memindahkan seorang pesakit yang mempunyai berat badan kira-kira 200 kilogram ke Hospital Klang dekat sini, Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat KLIA Yahya Mohd Sham berkata beliau menerima panggilan daripada pegawai perubatan Hospital Banting untuk memindahkan Norfaizah Mohamad Rashid, 31, yang mengalami pendarahan paru-paru, ke Hospital Klang.

Permintaan itu dibuat kerana pesakit itu tidak dapat dibawa dengan menggunakan ambulans biasa, katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Yahya berkata tugasan itu merupakan tugasan yang pertama seumpamanya dilakukan oleh balai itu.

Pihaknya menggunakan lori Hicom lima tan yang mempunyai kemudahan kelengkapan untuk membawa pesakit obesiti itu.

"Tiga anggota bomba terlibat dalam operasi itu dengan dibantu seorang doktor dan dua pembantu hospital," katanya.

Beliau berkata pihak bomba bersedia memberikan sebarang bantuan, dan bukannya terhad kepada kerja-kerja memadam kebakaran.


iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan