Tindakan Tegas Terhadap Penjawat Awam Bocor Rahsia Kerajaan - KSN

Diterbitkan: Ahad, 13 April 2014 7:45 PM

Dr Ali Hamsa.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa pada Ahad menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana penjawat awam yang membocorkan rahsia kerajaan.

Beliau berkata mereka yang berbuat demikian akan dikenakan tindakan tegas termasuk dipecat daripada jawatan mengikut Surat Pekeliling Am dan Arahan Keselamatan Kerajaan.

Justeru itu, beliau mengingatkan semua penjawat awam bahawa mereka bertanggungjawab menjaga kerahsiaan kerajaan di agensi masing-masing bagi menjamin keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat. 

"Maka, usaha perlu dipergiatkan untuk memastikan tidak berlakunya kebocoran rahsia rasmi kerajaan. 

"Penjawat awam yang membocorkan rahsia kerajaan boleh dipecat, bergantung kepada rahsia yang dibocor," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Ironman 70.3 Putrajaya di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Pengerusi Biro Antarabangsa, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM), Fakhrul Azman Abu Bakar supaya mengenal pasti dalang yang membocorkan dokumen tidak sah berhubung jadual lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula 8 April lepas. 

Baru-baru ini, Anggota Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Anggota Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong mempersoalkan lawatan lima hari Muhyiddin ke Dubai yang didakwa mereka tidak memberi manfaat kepada rakyat.

Ali berkata beliau belum menerima laporan rasmi berhubung dakwaan kebocoran dokumen itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan