PKR Tidak Harus Berpusat Kepada Tokoh Tertentu Sahaja - Zuraida

Diterbitkan: Sabtu, 12 April 2014 7:29 PM

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat, Zuraida Kamaruddin.

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak seharusnya berpusat pada tokoh tertentu sahaja sebaliknya harus menjadi sebuah parti berteraskan anggota akar umbi, kata Ketua Wanitanya Zuraida Kamaruddin. 

Zuraida berkata dalam konteks itu beliau bersetuju dengan pandangan Timbalan Presiden, Azmin Ali bahawa parti itu bukan milik Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini ketua umum PKR. 

 "Parti ini sudah berkembang walaupun tidak dinafikan sebab penubuhannya adalah kerana apa yang berlaku terhadap Anwar," kata Zuraida pada sidang akhbar di sini, Sabtu. 

Zuraida mengulas kenyataan Azmin bahawa PKR harus keluar daripada terus dibayangi Anwar demi survival parti berkenaan dalam landskap politik semasa.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam majlis berasingan di Kepala Batas mendakwa kenyataan Azmin itu menggambarkan PKR sebuah parti yang hanya diterajui keluarga Anwar. 

Reezal Merican yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas berkata terlalu banyak sandiwara dalam PKR dan terbaharu ialah keputusan Anwar yang mahu mencabar isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi jawatan Presiden dalam pemilihan PKR bulan depan. 

"Saya tidak nampak keperluan untuk Anwar berbuat demikian dan dalam sejarah ini mungkin pertama kali berlaku, pelbagai sandiwara mereka lakukan demi kepentingan pihak tertentu dalam PKR," katanya.
Tags / Kata Kunci: PKR , Zuraida Kamaruddin

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan