Masa Untuk Kaji Semula Undang-Undang - Ahli Politik

Diterbitkan: Sabtu, 12 April 2014 9:08 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parlimen digesa untuk menggubal semula undang-undang bagi menyelesaikan konflik berhubung penukaran agama salah seorang pasangan suami isteri terutamanya berhubung hak penjagaan anak.

Penasihat undang-undang MIC, Selva Mookiah berkata, konflik ini berlaku secara jelas terutamanya apabila negara ini mempunyai dua set undang-undang.

"Undang-undang dua mahkamah ini sering kali membuat pertimbangan berdasarkan prinsip yang berbeza.

"Kita hidup dalam masyarakat majmuk yang berbilang agama. Kebajikan dan hak kanak-kanak terjejas apabila ibu bapa mereka menuntut hak masing-masing mengikut undang-undang yang berbeza.

"Demi anak-anak, Parlimen perlu mengambil pendirian yang tidak berat sebelah dalam menyelesaikan konflik ini," katanya.

Oleh itu katanya adalah amat penting bagi Parlimen untuk bertindak sekarang sambil mengingatkan bahawa kini wujud pula kumpulan yang menuntut untuk melaksanakan hukum hudud.

Menurut beliau perkara itu bakal merumitkan lagi keadaan.

Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon juga menggesa penggubal undang-undang supaya membawa isu ini ke Parlimen dan menyelesaikannya untuk selama-lamanya.

"Sistem dua undang-undang adalah satu masalah yang serius, terutama dalam sebuah negara sekular," katanya.

Timbalan Pengerusi Pasukan Petugas Khas Perlaksanaan Dasar Undang-Undang Syariah MCA, Datuk Koo Chin Nam berkata undang-undang sivil terpaksa diguna pakai dalam pertikaian undang-undang.

"Perkahwinan berkenaan dibuat menggunakan undang-undang sivil dan oleh itu ia hanya boleh dibubarkan oleh undang-undang sivil juga.

"Semua perkara-perkara yang berkaitan dengan pembubaran perkahwinan seperti aset dan khususnya jagaan anak mesti diputuskan oleh undang-undang sivil," katanya.

Ketua Biro Keharmonian Agama MCA, Datuk Ti Lian Ker berkata ahli-ahli Parlimen mempunyai kewajipan untuk menjelaskan isu penukaran agama.

"Penggubal undang-undang mesti berdiri bersama-sama diluar kepentingan politik dan memperbetul sebarang konflik undang-undang.

"Setakat yang kita ambil maklum menerusi Perlembagaan Persekutuan, undang-undang Syariah tidak pernah berada di atas undang-undang sivil terutama apabila ia melibatkan orang bukan Islam," katanya.

Ketua Biro Undang-undang PAS, Hanifah Maidin turut bersetuju mengenai cadangan penggubalan semua undang-undang tersebut.

"Apabila orang bukan Islam berkahwin, mereka akan mendaftar di bawah Akta Perkahwinan dan Perceraian 1976.

"Sekiranya suami atau isteri masuk Islam, dia tidak boleh pergi ke mahkamah sivil berkaitan dengan hal-hal keluarga," katanya.

Beliau menambah bahawa pasangan yang menukar agama perlu pergi ke mahkamah Syariah dan sekali gus membawa kepada konflik bidang kuasa antara dua mahkamah.

Hanifah menggesa supaya undang-undang yang akan dipinda itu hanya menetapkan agar mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa berkenaan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan