Malaysia Tidak Akan Lupa Jasa Pihak Terlibat Misi Mencari MH370 - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 12 April 2014 11:30 PM

Najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam misi mencari  pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370, yang memasuki hari ke-36 hari ini.

Perdana Menteri berkata kerajaan sama sekali tidak akan melupakan segala bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh setiap individu, organisasi, tentera dan negara terbabit sejak operasi mencari dan menyelamat bermula sejurus pesawat itu hilang pada 8 Mac lepas.

"Sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua kerajaan yang terlibat dalam usaha mencari pesawat MH370. 

"Bantuan dan kerjasama dari setiap individu, organisasi, tentera dan kerajaan yang terlibat tidak akan kami lupakan," katanya dalam entri terbaru laman facebook beliau malam Sabtu.

Antara 26 negara yang terlibat dalam misi itu ialah Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom, Jepun, Vietnam, Thailand, Singapura dan India.

Minggu lepas, Najib melawat pangkalan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) Pearce di Perth, Australia bagi mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Australia Tony Abbott serta pihak lain yang telah bertungkus lumus berusaha mencari pesawat MH370, yang dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi.

Pesawat Boeing 777-200ER itu, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan
Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac.

Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
 
Misi mencari dan menyelamat itu merangkumi Laut China Selatan, Selat Melaka dan Laut Andaman sebelum tumpuan beralih ke koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke bahagian utara Thailand dan koridor selatan yang meliputi Indonesia hingga ke bahagian selatan Lautan Hindi.

Misi mencari kini ditumpukan di Selatan Lautan Hindi.
Tags / Kata Kunci: Najib Razak , MH370

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan