Kemalangan Bas: Hasrat Suami Isteri Pulang Ke Kampung Tidak Kesampaian

Diterbitkan: Sabtu, 12 April 2014 6:31 PM

SEDIH … Ahli keluarga pasangan suami isteri yang maut Zarifah Alias, 26, dan suami Saeed Mohamad Mohamud Abdalla, 31, warga Somalia kelihatan sugul ketika menunggu untuk menuntut jenazah di perkarangan bilik mayat Hospital Bentong di sini, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Hasrat sepasang suami isteri untuk membuat kejutan pulang ke Kampung Padang Jeman, Salor di sini tidak kesampaian apabila mereka maut selepas bas yang dinaiki terbabas di Km 11, Jalan Bentong-Raub dekat Bilut tengah malam tadi. 

Zarifah Alias, 26, dan suaminya Mohamad Mohamud Abdalla, 31, warga Somalia mendirikan rumah tangga kira-kira lima bulan lepas dan dikatakan bercadang pulang ke kampung tanpa pengetahuan keluarga.

Kakak Zarifah, Zalilawati, 42, berkata adiknya ada memberitahu ibunya dua hari lepas ingin pulang ke kampung tetapi tidak memaklumkan hari dan waktu mereka akan pulang.

"Saya tidak tahu bila mereka akan pulang kerana mereka kata nak buat kejutan. Kali terakhir adik pulang ke kampung pada Februari lalu sebab alahan teruk ketika mengandung dan dibawa ke Hospital Lati, Pasir Mas untuk menerima rawatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya, di sini.

Zarifah yang kini hamil lima bulan berhasrat menetap di Australia setelah melahirkan anak sulungnya nanti.
 
Mangsa yang merupakan anak bongsu daripada tujuh beradik itu amat berharap dikurniakan cahaya mata lelaki kerana beliau telah memasang angan-angan untuk menamakan anaknya 'Bilal'.

"Arwah seorang yang sangat ceria, manja dan paling suka belajar sebab itulah beliau seorang saja yang belajar jauh dari Malaysia iaitu di sebuah universiti di Australia dalam bidang Bioteknologi," katanya.

Zarifah yang sedang melanjutkan pelajarannya di peringkat Sarjana perubatan dalam bidang kanser di Universiti Malaya turut membuat kerja sambilan sebagai Pembantu Pegawai Penyelidikan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Sementara itu, suaminya Mohamad Mohamud Abdalla yang akan bekerja di Kedutaan Arab Saudi pula sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Teknologi Malaysia dalam bidang pengurusan, berhasrat ingin memberikan tiga biji buah kelapa dari Somalia kepada bapa mentuanya yang lumpuh apabila pulang ke sini.

Pasangan itu adalah antara tiga mangsa yang maut apabila bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang elektrik sebelum terbalik di Km 11, Jalan Bentong-Raub berhampiran Bilut.

Sejumlah 68 penumpang yang berada di dalam bas dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala Kota Baharu dan kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan dikejarkan ke Hospital Bentong dan Hospital Raub untuk mendapatkan rawatan lanjut.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan