Carian MH370 Mungkin Ambil Masa Panjang - Abbott

Diterbitkan: Sabtu, 12 April 2014 1:13 PM

(Ubah saiz teks)

SYDNEY: Pencarian pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 berkemungkinan akan berterusan untuk satu tempoh yang lama, demikian menurut Perdana Menteri Australia, Tony Abbott pada Sabtu.

Kenyataan itu dibuat sehari selepas beliau menyuarakan keyakinan yang tinggi bahawa isyarat kotak hitam sudah dikesan.

"Kami mempunyai tahap keyakinan bahawa data transmisi yang diambil adalah dari MH370," kata Abbott pada hari terakhir lawatannya ke China.

Tetapi katanya "tidak seseorang pun harus mempertikaikan kesukaran tugas mencari dan menyelamat yang dilakukan pihak berkuasa," katanya dalam pada sidang media yang disiarkan secara langsung di televisyen Sky.

"Ya, kami telah kecilkan kawasan carian namun tugas ini mungkin akan berterusan untuk masa yang lama," kata Abbott. AFP

Tags / Kata Kunci: Tony Abbott , MH370 , MAS

iklan

Video

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Kolumnis

iklan

Iklan